Oleh: Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – PAS Kuala Terengganu menyediakan khidmat Rumah Makan Percuma untuk menjamu kira-kira 600 orang golongan asnaf dengan juadah tengah hari.
Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Dato’ Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menjelaskan, penganjuran jamuan itu adalah sebagai jambatan silaturrahim antara pemimpin dengan rakyat.
“Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan malah membuka ruang kepada orang ramai untuk bertemu mata secara santai dengan wakil rakyat mereka,
“program yang berlangsung dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang ini mampu menjadi model kebajikan masyarakat yang berkesan, sekali gus memperkukuh hubungan pemimpin dengan rakyat, ” ujarnya ketika ditemui hari ini.
Menurutnya, menu yang disediakan adalah nasi putih, gulai daging, ulam kampung serta lauk tambahan, diadakan dua kali sebulan, pada minggu pertama dan ketiga.
“Bertempat bertempat di Tapak Parkir Pasar Karat, Jalan Sultan Omar (Dataran Khairunisa) di sini,
“Sejak dilancarkan pada 6 September, ia telah berlangsung sebanyak dua kali dan akan diteruskan lagi pada 4 Oktober ini,” ujarnya dan menambah, dikendalikan oleh Lajnah Kebajikan dan Prihatin Sosial PAS Kuala Terengganu.
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, program tersebut memberi manfaat besar kepada golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan.
“Walaupun hanya diadakan dua kali sebulan, ia membantu meringankan beban kos sara hidup masyarakat setempat. Alhamdulillah, sambutannya sangat menggalakkan,” katanya.
Kata beliau, kos penganjuran ditanggung sepenuhnya oleh PAS Kuala Terengganu dengan kerjasama dan sumbangan lima wakil rakyat DUN dan Parlinen.
“istimewanya, mereka turut meluangkan masa menyantuni masyarakat dengan makan beramai-ramai ditaoak penganjuran, Rumah Makan Percuma,” tambah beliau