Royalti Isu Penting Perjuangan Seluruh Rakyat

346

Oleh : Aeman

MARANG – Isu royalti petroleum adalah perkara sangat penting tentang soal hak negeri Terengganu yang perlu diperjuangkan oleh setiap rakyat negeri ini.

Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi menekankan, setiap warga Darul Iman perlu memahami isu besar itu.

Malangnya menurut beliau, kerajaan pusat diterajui Pakatan Harapan (PH) melanggar semangat persekutuan dan tidak menghormati prinsip demokrasi berperlembagaan.

“Rakyat sudah memilih, dan kerajaan pusat perlu memberi hak royalti kepada rakyat.

“Kononnya mereka adalah hero demokrasi, tetapi selepas menang, mereka melanggar prinsip demokrasi dengan menyekat hak rakyat,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program ceramah di Kampung Kelulut, di sini semalam

Jelas beliau yang juga Exco kerajaan Terengganu, sepanjang pemerintahan PAS, pentadbiran negeri telah menggunakan hasil royalti dengan memberi bantuan dan melaksanakan program-program untuk rakyat secara adil.

“Kembalikan hak rakyat dan duit dipantau dari semua agensi yang terlibat. Mana bukti duit diseleweng? Ini hanya alasan khianat, dendam, dan jahat,” tegasnya

Oleh itu beliau memohon agar semua penduduk negeri ini menyokong perjuangan menuntut agar royalti dikembalikan sebagaimana perjanjian Akta Pembangunan Petroleun 1974.

Katanya, Kerajaan dibawah kepinpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar setiap masa berusaha gigih, berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk berunding dan mencari penyelesaian terbaik

“Kita usaha dengan pelbagai cara, terang kepada rakyat, ceramah penerangan. Kita juga telah berjaya meningkatkan hasil negeri sebanyak 33% pada tahun 2024 selain dari royalti,” jelas beliau lagi

Justeru, Ustaz Muhammad Khalil menyeru agar setiap warga menurunkan tandatangan memorandum menuntut royalti dan terus berdoa, bermunajat mengadu dan memohon pertolongan dari Allah.