Rezeki Ramadan: 103 Warga Emas Asnaf Terima Sumbangan

170

KUALA TERENGGANU – Seramai 103 warga emas dalam kalangan asnaf di DUN Manir menerima sumbangan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, YB Ustaz Hilmi Harun, melihat senyuman terukir di wajah nenda-nenda terselit rasa hiba dan syukur yang mendalam.

“Melihat senyuman yang terukir di wajah nenda kita, terselit rasa hiba dan syukur yang mendalam.

“Di sebalik kedutan di wajah mereka, tersimpan seribu doa buat kita semua,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam laman sosialnya, semalam.

Justeru itu, beliau berharap dengan sumbangan dapat meringankan beban mereka dan membawa sinar kegembiraan menjelang Ramadan dan Syawal.

Sumbangan ini bukan sahaja meringankan beban mereka, malah menjadi penghubung kasih sayang antara generasi, mengukuhkan nilai solidariti dan ukhuwah dalam komuniti.