Rejim Israel Bom Kawasan Awam di Gaza

803

Enam orang awam Palestin, termasuk empat kanak-kanak, cedera luka ringan dalam siri serangan oleh pesawat Israel awal pagi Jumaat yang disasarkan beberapa kawasan penduduk awam di Semenanjung Gaza.

1-42-400x258Pengeboman itu bermula enam hari lalu berikutan penculikan tiga remaja Israel dari sekolah di kawasan yang diduduki Tebing Barat West Palestin.

Walaupun Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah secara terbuka mengutuk penculikan, Israel mengambil kesempatan menggunakan insiden itu untuk meneruskan pembunuhan kaum dan diskriminasi serta keganasan.

Tiada bukti kukuh telah ditawarkan dan perincian khusus tentang siapa yang disyakki menculik remaja Israel itu, tetapi Perdana Menteri berhaluan kanan Israel Benjamin Netanyahu telah mengeksploitasi kejadian itu.

Beliau menggunakannya sebagai alasan untuk meneruskan kempen anti-Palestin dan anti-damai, menuduh penculikan dipelopori Hamas.

Oleh itu, beberapa pesawat Israel telah mengebom dan memusnahkan gudang simpanan makanan pertanian warga Palestin dalam kawasan kejiranan Zeitoun yang terletak di timur bandaraya Gaza.

gudang makanan musnah1Serangan itu juga mencederakan empat kanak-kanak dan seorang lelaki tua serta seorang wanita akibat serpihan bom yang dilancarkan, mengenai rumah-rumah berdekatan.

Israel telah menolak untuk bertanggungjawab bagi kecederaan dan pembunuhan orang awam Palestin yang didakwannya, bahawa mereka menyasarkan “pengganas”.

Sedang sebaliknya, rejim Israel enggan mengulas mengenai kempen ‘keganasan’ mereka sendiri termasuk melakukan penculikan, memukul, mengganas dan membunuh orang awam Palestin.

Kerosakan yang besar telah berlaku ekoran serangan udara itu, di mana krew pertahanan awam bekerja telah bekerja keras memadamkan api yang marak di beberapa tempat akibat pengeboman itu.

Pesawat Israel juga mengebom rumah api yang kosong di tenggara Khan Younis, dan kawasan-kawasan lain di Semenanjung Gaza.