Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut merayu kepada orang ramai agar dapat menghulurkan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh seorang ibu tunggal.
Setiausaha PAS kawasan Besut, Cikgu Salahuddin Jaafar berkata, Zakiah Jusoh, 36, tinggal di Kampung Awek Pasir Akar, telah kehilangan tempat tinggal apabila rumah beliau roboh ketika musim tengkujuh baru-baru ini.
“Rumah kediamannya roboh apabila rumah dinaiki air musim banjir baru-baru ini di Hulu Besut.


“(Kini) beliau Dan dua orang anaknya yang tinggal di Kampung Awek Padang Baloh Hulu Besut terpaksa menumpang rumah ibunya kerana rumah tersebut tidak lagi selamat diduduki,” jelasnya.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Besut berkata demikian ketika dihubungi semalam.
Sehubungan itu, Majlis Tindakan DUN tersebut melancarkan kutipan derma Kilat untuk membantu mereka.


Sumbangan boleh di hulurkan melalui akaun berikut Tetuan Majlis Tindakan DUN Hulu Besut BIMB Cawangan Jerteh, 13035010047748.
“Marilah sama-sama menyumbang walaupun RM10 bagi membantu ibu tunggal ini menjalani hidup seperti sedia.
“Hanya Allah SWT saja dapat membalas jasa,” tambah beliau.




























