Rasuah Juga Berlaku Dalam Dunia Seni

927
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/dayang%20banggol%20pradong.jpg

“duit itu….pembaziran itu…..sebab bukan sahaja artis, ramai rakyat yang masih susah, apa salah kalau dia (kerajaan) beri artis-artis kita naik ke pentas bersama (artis luar negara), kalau banding (kan) dengan luar negara, (kerajaan) mereka jaga kebajikan artis-artis mereka,

“tetapi di Malaysia (tidak)…….. kadang-kadang program (kos) RM5 juta dia makan semua tinggal RM1 juta buat belanja yang lain semua masuk poket, yang telah lama diajar oleh umno….ambik hak orang….merompak secara baik tak apa,”ujarnya ketika mengulas program artis luar neara yang dibawa oleh erajaan Umno-BN baru-baru ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/IMG_4103.jpgBeliau berkata demikian ketika menjawab soalan hadirin dalam Majlis Bersama Artis, program pra Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) di Kampung Banggol Pradong dekat sini pada Khamis, 14 Februari.

Menurutnya, belanja membawa artis tersebut bukan RM2 juta tetapi adalah RM6 juta, bahkan katanya, jika dilihat dari persiapan yang dibuat, program tersebut menelan belanja lebih dari itu.

Oleh itu, beliau berkata, artis-artis di Malaysia masakini dahagakan kepada suatu kebaikan, nasihat yang baik dan kerajaan yang baik, yang menjaga kebajikan rakyat.

“ramai artis-artis yang sakit, nak pergi hospital pun taj ada duit, (yang terlantar) nak beli pampers pun tak mampu,”tambahnya.

turut sama dalam sesi ‘talk show’ itu adalah KS Bawani yang terkenal dengan peristiwa ‘listen….listen….listen’ dan Dr Ustaz Khairuddin aTTakiri yang popular dengan rancangan ‘Tanyalah Ustaz’.