KUALA TERENGGANU – Rakyat menzahirkan teguran terbuka terhadap program kerajaan negeri susulan penganjuran aktiviti yang didakwa tidak selari dengan slogan “Indahnya Hidup Bersyariat” dan semangat Ramadan.
Yang Dipertua PAS kawasan Besut, YB Dr Ustaz Riduan Mohd Nor merujuk secara khusus kepada program Pelita Raya yang berlangsung Pada bulan lalu
Menurutnya, ia telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat kerana menampilkan elemen kurang sesuai dengan suasana bulan mulia yang diberkati.
“Terengganu ialah Darul Iman iaitu negeri ulama.
“Kita warisi jasa para alim seperti Tok Ku Paloh, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Haji Musa Minangkabau dan ratusan lagi.
“Portfolio pelancongan kerajaan negeri agar lebih berhati-hati,” jelasnya ketika berucap pada Sidang DUN, di Wisma Darul Iman, hari ini.
Justeru, ADUN Jerteh itu mencadangkan agar diwujudkan sebuah jawatankuasa pemantau khas bagi memastikan setiap program pelancongan yang dilaksanakan mematuhi prinsip syariah.
“Kita tidak mahu pelancongan menjadi punca menyebabkan akhlak remaja kita terkorban,” tegasnya.
Dalam pada itu, kata beliau, rakyat Terengganu sebaliknya menunjukkan kecintaan terhadap Islam menyokong kepimpinan negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
“kemenangan 40-0 adalah satu isyarat jelas bahawa rakyat mahukan pemerintahan yang menjunjung nilai-nilai Islam.
“Oleh itu pastikan pelancongan negeri Terengganu hendaklah patuh syariah, agar hasil negeri diberkati.” tambah beliau.