Rakyat Oman Tidak Peduli Perang Yaman

3758

Oleh : Solahuddin Al-Idrusi

MUSCAT – Masyarakat Oman yang merupakan jiran kepada Yaman, tidak peduli dan meneruskan hidup seperti biasa, walau negara Yaman sedang berperang sekarang.

Yemen Care OmanKetua Media dan Publisiti Yemen Care, Abdul Rahman Che Man menyeru orang ramai agar berfikir dan mengambil peduli tentang apa yang sedang berlaku pada saudara di Yaman.

“Mereka hidup dalam keadaan tenang, senang, gembira bersama keluarga.

“Kadang-kadang tidak mereka sedar apa yang berlaku pada saudaranya di Yaman. Kemungkinan itu boleh berlaku pada kita,”ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang pandangannya terhadap kepeduliaan rakyat Oman tentang pergolakan di Yaman.

Beliau berkata demikian ketika ‘transit’ di Muscat, Oman di sini, pada Jumaat 23 Disember, dalam perjalanan meneruskan Misi Kemanusiaan Yemen Care Kali Kedua, ke negara berolak itu.

misi Yaman 2017aTurut sama dalam Misi tersebut ialah Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yaman Nasiruddin Othman s dan Aktivis Abdul Muin bin Zaulkifli yangjuga seorang bekas mahasiswa Yaman.

Menurut Abdul Rahman Misi tesebut pada kali ini bertujuan untuk membantu masyarakat Yaman yang terkesan akibat perang.

Tahun lalu, NGO tersebut telah membuat misi tinjauan dan menyumbang bantuan sebanyak RM50,000 bagi mengurankan beban kehidupan para pelarian.

Delegasi empat orang Misi Kemanusiaan Yemen Care telah berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur pada 20 Disember lalu.

misi Yaman 2017Mereka terpaksa melalui jalan berliku dari Oman, menuju ke Yaman kerana lapangan terbang antarabangsa Sana’a masih ditutup berikutan negketa persaudaraan sejak tahun 2015 itu.

Dianggarkan 10,000 oranh telah terkorbang akibat perang yang mmasih berlarutan selama duan tahun tersebut dan hampir 10,160,000 rakyat Yaman hudp menderita, tidak mendapat bekalan air besih, makanan, dan elektrik.

Justeru itu, beliau menyeru kepada mereka yang prihatin, khususnya rakyat Malaysia, agar menyumbangkan bantuan kewangan.