Rakyat Mahu Program Jom Heboh Patuh Syariat

139
Tapak karnival Jom Heboh di perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak

KUALA TERENGGANU – Rata-rata rakyat di negeri menyuarakan hasrat mahu penganjur Program Jom Heboh yang diadakan nanti agar mematuhi syariat.

Salah seorang pengguna Facebook, Basir Jamaluddin berkata pengajur seharunya mengikut garis panduan kerajaan PAS Terengganu agar menjadi contoh pada negeri yang lain.

“Biar kerajaan negeri yang lain tengok bahawa Islam tidak menolak hiburan, namun menawarkan hiburan yang mendidik.

“Panggil artis yang Islam dan diselitkan program keagamaan,”ujarnya menerusi Facebook.

Manakala bagi Adam Ar Raihan, pula yakin akan ada pembaharuan apabila Jom Heboh itu diadakan nanti apabila mengikut garis panduan hiburan yang telah ditetapkan oleh PAS.

“Saya nak lihat juga nanti bagaimana, untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri contoh kepada negeri-negeri yang lain.

“Hiburan tidak salah, kerana hiburan itu indah yang salah tidak ikut syariat Islam,” ujarnya.

Begitu juga dengan Mohd Zaki katanya, pengisian dalam program itu lebih utama dari jenamanya.

“Ok je, berfikiran matang dan positif lah jangan sempitkan pemikiran dan ajaran Islam kerana ia mudah, luas dan indah,” ujarnya.

Sementara itu Mohd Zamri Mohd Sham menasihatkan agar Jom Heboh diberikan pemantauan yang rapi.

“Jika ada sebarang percanggahan syarat, batalkan terus, kalau tidak akan ada puak yang akan tembak kerajaan negeri seperti di Kedah walaupun ia dianjurkan pihak lain kerana mereka (musuh) sedang mengintai peluang,” tegasnya.