Rakyat Kecam Keputusan Kerajaan Hapus Subsidi Diesel

158

Oleh : Rohayai Rin

SETIU – Rakyat memberikan kecaman tajam terhadap keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menghapuskan subsidi diesel, dengan memperincikan kesan negatif yang bakal dialami oleh rakyat.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu, YB Azmi Maarof berkata, menaikkan harga bahan api itu memberi impak pelbagai sektor rangkaian ekonomi dan membawa kesan besar terhadap kehidupan mereka.

“saya tidak bersetuju kerajaan menghapuskan subsidi ini, kerana bukan hanya kepada pemilik kenderaan, bahkan kepada rantaian bekalan yang menggunakan diese

“Jadi, apabila harga baru diumumkan, kita dapat melihat perubahan yang drastik terutama dalam aspek sewa kenderaan dan jentera.

“”Sebelum ini, sewa untuk jentera berharga RM500, tetapi selepas ini, harganya naik kepada RM650. Ini bermakna peningkatan ketara, dan kemungkinan besar akan memberikan impak kepada harga barang-barang yang menggunakan diesel, serta kos penghantaran barang melalui lori,” jelasnya.

Beliau yang juga ADUN Langkap berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Menelusuri Ibrah Qurani Siri 6 di Masjid Kampung Chalok Kedai, Setiu, pada semalam.

Justeru itu, belau menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan terbabit dengan teliti demi kepentingan bersama.

“Kerja sawit juga akan terjejas kerana pengangkutan kelapa sawit ke kilang menggunakan lori diesel. Ini memaksa pihak terlibat untuk membincangkan peningkatan harga, yang jelas memberikan impak besar kepada rakyat.

“Kita harap kerajaan kaji balik sebab kalau bagi insentif RM200 memang tak padan nak banding dengan kenaikan harga minyak,” tegasnya.