BANDAR SERI BEGAWAN – Para ahli akademik yakin perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah termasuk hukum Hudud dan Qisas di Negara Brunei Darussalam mendapat sokongan seluruh rakyatnya.
Pemangku Rektor yang juga Timbalan Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Unissa) Pengiran Anak Dr Haji Amiruddin Alam Shah Bin Pengiran Anak Haji Ismail berkata, berharap perlaksanaan undang-undang Islam tersebut mendatangkan manfaat kepada semua pihak.


“kita berharap perkara ini akan mendatangkan manfaat kepada semua orang samada mereka yang beragama Islam atau pun bukan beragama Islam,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pertemuan dengan rombongan pemimpin PAS negeri Terengganu yang membuat kunjungan tinjauan terhadap perlaksanaan hukuk Allah tersebut pada 25 Februari.
Beliau yakin warga minoriti rakyat Brunei dari kalangan bukan Islam khususnya masyarakat Tionghua Brunei menerima perlaksanaan undang-undang tersebut.
Beliau berharap penguatkuasaan kanun jenayah syariah secara berperingkat akan memberikan rahmat kepada sekalian alama, sesuai dengan Islam itu yang diturunkan untuk kesejahteraan manusia.
Apabla ditanya, bagaimana penerimaan golongan rakyat Brunei yang berpendidikan barat terhadap perlaksanaan hokum tersebut, beliau berkata, belum kedengaran sebarang penolakan atau bantahan dari kelompok terbabit.
“setakat ini kita belum mendengar perkara sedemikian (peolakan oleh golonga berpendidikan barat), kita berdoa kepada mereka supaya diberikan taufik dan hidayah,”jelasnya.
Pada bulan Oktober tahun lalu, Sultan Brunei Sultan Hasanol Bolkiah telah bertitah, akan melaksanakan undang-undnag Islam keseluruhannya, sebagai undang-undang Negara tersebut.
Walaupun beberapa pihak agak terkejut dengan perisytiharan itu, namun rata-rata rakyat Brunei menyokong perlaksanaannya.
Menurut Pengarah Pentadbiran Pejabat Mufti Negara Brunei DarusSalam, Datuk Ahmad Bokhari, Sultan telah memberikan gambaran tentang hasratnya mahu melaksanakan undnag-undang itu sejak tahun 1996 lagi.
Beliau yang memberikan taklimat dalam lawatan rombongan kepimpinan PAS Terengganu pada Rabu 26 Februari berkata, perlaksanaan undang-undang tersebut akan dibuat dalam tiga fasa secara beransur-ansur.





























