Qatar telah menarik balik arahan mengusir tujuh pemimpin Ikhwan Muslimin, sebaliknya membenarkan mereka untuk kembali semula ke negara itu, media Mesir melaporkan.
Akhbar harian al-Misri al-Yaum melaporkan, sebahagian daripada mereka telah pun kembali, selepas Qatar membuat keputusan untuk tidak mengusir tujuh pemimpin Ikhwan itu, dan memberi kebenaran kepada mereka untuk kembali ke Qatar.
Jemal Abdulsettar dan Assam Telmiye adalah di antara para pemimpin Ikhwanul Muslimin yang sudah kembali di sana, menurut sumber-sumber Ikhwan.
Kerajaan Qatar menerima permintaan ulamak terkemuka Sheikh Yusuf al-Qaradhawi dan tuntutan Mahmud Husein untuk tidak mengusir mereka dari Doha, dan dilaporkkan ketujuh-tujuh pemimpin Ikhwanul Muslimin itu berada di Qatar sekarang, kecuali Amr Derrac di Turki kerana beberapa kunjungan perniagaan.
Namun begitu, Qatar meminta para pemimpin Ikhwan agar jangan bercakap kepada pihak media dan tidak memberi pendapat terhadap mana-mana negara-negara Teluk.
Qatar mengumumkan untuk mengusir keluar saudara pemimpin gerakan Islam itu pada awalnya kerana ia mahu untuk meyakinkan negara-negara Teluk untuk membolehkan mereka berada di sana, kata salah satu daripada pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin, Husein Abdurrahman, dalam dalam satu kenyataan.










