PRU15: Bersedia Dengan Langkah Waspada

101

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu bersedia dari sekarang dengan langkah waspada sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dalam masa terdekat ini kerana keputusan yang dibuat diperingkat negeri, mungkin berbeza dengan pusat.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Terengganu, Dato’ Haji Yahaya Ali berkata, politik ini boleh berlaku apa sahaja yang tidak dijangka.

“Dalam konteks negeri Terengganu kita kena ambil satu langkah basi dalam erti kata ada benda yang kita kena tetapkan semula bahawa apa yang berlaku diperingkat nasional itu mungkin ada kelainan di peringkat negeri

“Oleh sebab itu apa yang kita harapkan ialah apa yang diputuskan di peringkat nasional akan sama di peringkat negeri,” jelasnya.

Beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berkata demikian ketika berucap dalam program Perasmian Majlis Apresiasi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Bukit Besi di Dataran Futsal Kejap,Dungun pada Jumaat, 1 Januari.

Menurutnya, beliau rasa bersyukur setekah sekian lama berjuang, parti PAS dapat kembali memerintah negeri Terengganu selepas kalah pada PRU ke 14 yang lalu.

“Atas maklumat yang ada pada saya bahawa DUN Bukit Besi dalam konteks gerak kerja adalah DUN yang terbaik dari DUN yang lain.

“Jangan kita anggap kita ‘tak rok’ dengan DUN yang lain. Apa yang saya nampak penyusunan gerak kerja yang dibuat adalah pemandu utama yang dapat menguruskan kerja yang diamanahkan dengan begitu baik,” ujarnya.

Dato Yahaya menambah, suasana politik yang ada di Terengganu ini dalam satu sudutnya menyatukan dan memartabatkan kembali perjuangan untuk orang melayu, yang mana sudah sampai satu tahap di mana parti yang dulu bermusuh khususnya PAS dan Umno serta sekarang ini mempunyai rakan baru iaitu BERSATU.

“Kita ada kekuatan dan mesti istiqamah serta mempertingkatkan apa yang telah kita lakukan.

“Dan kita tak boleh berada dalam zon selesa kerana lebih-lebih lagi kita sekarang sudah semakin dekat dengan pilihan raya,” kata Dato’ Yahaya.