PORT DICKSON – PAS meneruskan kempen PRN dengan pendekatan turun padang, menyantuni peniaga dan pengunjung di kawasan pantai tumpuan utama pelancongan negara.
Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Dato’ Ariffin Deraman berkata langkah itu penting untuk mendengar secara langsung pandangan serta keperluan masyarakat setempat.
“sambutan yang diterima daripada peniaga dan pengunjung amat menggalakkan, malah setiap pertemuan dan jabat tangan dengan mereka,
“menjadi ruang untuk memahami denyut nadi rakyat, khususnya golongan peniaga yang menjadi antara penggerak utama ekonomi pelancongan.” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas ‘pusing keliling’ berkrmpen untuk calon PAS-PN DUN Bagan Pinang Ustaz Abdul Fatah Zakaria di Pantai Peranginan Teluk Kemang, di sini hari ini
Menurut beliau, suara ‘orang bisnes’ perlu diberi perhatian kerana mereka memainkan peranan penting dalam merancakkan sektor ekonomi setempat.
“Peniaga merupakan antara tulang belakang ekonomi pelancongan, dan suara mereka amat penting dalam membina masa depan yang lebih baik,” ujarnya.
.
ADUN Alor Limbat itu merakamkan penghargaan kepada semua penduduk dan pengundi yang ditemui kerana sudi meluangkan masa dan bertegur sapa serta berkongsi pandangan.


Katanya, PAS akan terus memperkukuhkan pendekatan mendekati rakyat bagi memastikan setiap pandangan dan aspirasi masyarakat dapat dibawa ke hadapan.
“Insya-Allah, kami akan terus bekerja keras, mendekati rakyat dan membawa aspirasi masyarakat ke hadapan.
“Ayuh bersama kita bina Negeri Sembilan yang lebih maju, sejahtera dan berdaya saing,” tambah beliau.


























