Terengganu, Malaysia

PRK Kimanis; PAS Terengganu Hantar 100 Tenaga Mahir

PRK Kimanis; PAS Terengganu Hantar 100 Tenaga Mahir

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu akan menghantar 100 orang petugas mahir pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Pengarah Pilihan raya negeri Terengganu Ustaz Arifin Deraman berkata, mereka akan membantu jentera berdasarkan Muafakat Nasional.

“Insya Allah saya sendiri akan pergi (ke Kimanis)pada 9 hb Januari dan rakan-rakan (yang lain) akan pergi pada penamaan calon. Kita akan bantu kimanis,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Gimik Perlepasan Kembara Terengganu Comel Maju, Berkat Sejahtera.

Program itu, kata beliau, adalah sempena sambutan ambang Tahun Baru 2020 peringkat negeri Terengganu di Wisma Darul Iman pada hari ini.

Menurutnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Januari depan sebagai hari pengundian bagi PRK Parlimen Kimanis, Sabah.

Manakala, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 4 Januari manakala pengundian awal pada 14 Januari.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan