KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu bertekad memastikan dua daerah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Ayer Keroh yang berada di bawah tanggungjawab parti itu akan mencatat kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.
Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, YB Ariffin Deraman berkata, jentera parti telah digerakkan sepenuhnya bagi memastikan strategi yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan, seterusnya membantu memperkukuh sokongan rakyat terhadap calon Perikatan Nasional (PN).
“Insya Allah kita akan pertahankan dua UDM ini dan juga kemenangan kita akan perolehi.
“Dengan kerja yang kuat saya yakin pihak jentera Perikatan Nasional (PN), PAS, BERSATU, GERAKAN dan lain-lain insya Allah mereka sudah bersedia bertugas sebenarnya ,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas penamaan calon di Dewan Merdeka Tapah, pada semalam.
Menurutnya, seluruh kekuatan jentera dari negeri Terengganu telah bersiap siaga dan berada dalam keadaan bersedia bagi membantu kempen secara lebih agresif menjelang hari pengundian.
“Insya Allah saya yakin calon PN akan diterima sebagai calon pilihan raya kali ini.
“Sehingga tempoh 26 April kami akan bekerja bersungguh -sungguh khususnya daripada kontinjen Negeri Terengganu yang diamanahkan ketua UDM untuk kita bertugas,” ujar Ariffin.
Beliau menambah, Terengganu telah menghantar 400 ornag jentera pada hari penamaan calon.
“Dan kita ada 100 orang semasa dan sehingga 26 April dan hari mengundi ribuan akan datang nanti,” katanya lagi.