Polis Pembunuh ‘Khalid Said’ Dihukum Penjara 10 Tahun

1289

Dua anggota polis telah dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara kerana membunuh seorang ‘blogger’ Mesir, lebih daripada tiga tahun selepas kejadian yang berlaku pada bulan Jun 2010.

Pembunuhan Blogger Khaled Said merupakan salah satu kejadian yang mengilhamkan pemberontakan 18 hari pada tahun 2011.

Anggota polis, Mahmoud Salah Mahmoud dan Awad Ismail Suleiman dituduh pembunuhan dan mendera Khaled Said pada bulan Jun 2010 selepas menangkap Khaled diluar batasan undang-undang, di kafe internet di bandar Mediterranean Iskandariah.

we-are-allKes pembunuhan Khalid telah mengimarahkan kemarahan awam dan gambar-gambar Khalid dengan muka cedera teruk telah disebar di Internet , mencetuskan seruan untuk protes di seluruh negara Mesir terhadap pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh pasukan keselamatan dan kemudian bangkit menjathkan Presiden Hosni Mubarak.

Bantahan besar-besaran pada tahun berikutnya membawa kepada kejatuhan pemimpin atokrasi yang paling lama memerintah Mesir.

Satu perbicaraan awal, dihukum defendan tujuh tahun penjara pada bulan Oktober 2011 selepas didapati bersalah melanggar undang-undang menangkap dan kezaliman yang berlebihan.

Mahkamah Mesir mengarahkan perbicaraan semula selepas defendan merayu, manakala penyokong Khalid Said yang marah merasakan hukuman itu terlalu lembut.

“Kami telah meminta hukuman maksimum , iaitu 15 tahun penjara, ” Mahmud el- Bakri Atifi , peguam untuk keluarga Said , memberitahu AFP , sambil menambah bahawa keputusan itu dahulu adalah kerana ” ketidakadilan” .

“Orang-orang Mesir mesti diberi jaminan bahawa pihak polis menawarkan keselamatan dan tidak menjadi ancaman kepada mereka.”

Punca Kematian

Polis pada mulanya berkata Khaled Said tercekik mati selepas menelan sebungkus dadah.

Pasukan perubatan, bagaimanapun berkata beliau meninggal dunia akibat lemas selepas dipukul, dan bahawa paket dadah telah dibakar dalam mulutnya ketika dia tidak sedarkan diri.

Kematian Said menjadi zon sengketa antara pemerintah dan aktivis pembangkang Mubarak, yang menyalurkan kemarahan mereka pada laman Facebook yang dikenali sebagai ” Kita semua Khaled Said “.