PN Terengganu Stabil Dibawah Kepimpinan Dr Sam – Datuk Razali Idris

659

KUALA TERENGGANU: – Tiada kemelut pimpinan antara BERSATU dan PAS serta Perikatan Nasional (PN) negeri ini , masih stabil dibawah kepimpinan Naib Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri, Datuk Razali Idris berkata, PN Trrrngganu tidak terbabit dengan kemelut dalaman, walaupun lima pemimpin utama BERSATU mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi dalam gabungan parti itu, semalam.

Menurutnya, Pengerusi PN negeri adalah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan kekal menerajui struktur kepimpinan gabungan parti itu

“PN negeri tidak terbabit dengan kemelut kepimpinan yang berlaku berikutan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi berkuat kuasa Khamis ini.”katanya dipetik Berita Harian.

Semalam, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi PN berkuat kuasa Khamis ini.

Susulan itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, turut mengumumkan meletakkan jawatan Setiausaha Agung dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa Khamis ini.

Selain Mohamed Azmin, turut meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN negeri adalah Datuk Seri Faizal Azumu (Perak), Datuk Dr Sahruddin Jamal (Johor) dan Mohamad Hanifah Abu Baker (Negeri Sembilan).

Razali yang juga EXCO kerajaan negeri turut menafikan dakwaan berlaku keretakan hubungan antara kepimpinan PAS dan BERSATU negeri berikutan peletakan jawatan Muhyiddin.

Katanya, Muhyiddin hanya meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN dan bukannya Presiden BERSATU.

“Kita berharap dan meminta Muhyiddin terus kekal menerajui BERSATU walaupun tidak memegang sebarang jawatan dalam gabungan PN,” katanya.