BEIJING – Para pejuang dan aktivis Uighur yang berada dalam buangan menyifatkan tindakan China menganjurkan festival minum arak pada bulan Ramadhan di wilayah Xinjiang sebagai satu provokasi terbuka.
Ramadhan adalah masa yang sensitif di kawasan Barat Jauh China itu, di mana ia merupakan lokasi peningkatan pergolakan yang berlaku sejak tiga tahun yang lalu, di mana beratus-ratus telah meninggal dunia, dipersalahkan oleh Beijing kepada militan Islam.
Pelbagai media kerajaan komunis itu dan laman web pemerintah Xinjiang telah menerbitkan cerita-cerita dan notis rasmi sekali lagi tahun ini, menuntut suapaya ahli-ahli Parti, kakitangan awam, pelajar dan guru khususnya tidak menghayati Ramadan dan tidak dibenarkan berpuasa.
Perayaan arak diadakan di sebuah kampung di Perdesaan Niya di selatan Xinjiang, yang majoritinya dihuni oleh orang-orang Islam Uighur sedangkan Islam melarang keras umatnya meminum meinuman memabukkan itu.


Ia menunjukkan gambar wanita menari di hadapan pentas dan sebaris lelaki meneguk arak ‘sebanyak-banyaknya’ dalam masa satu minit, dengan memakai pakaian tradisional yang ‘berkupiah Uighur’.
“Pertandingan bir adalah pelbagai dan menghiburkan,”menurut kata-kata yang dipetik dalam laman sesawang kerajaan itu, yang menyediakan hadia lumayan wang tunai sehingga 1,000 yuan ($ 161) bagi pemenang pertandingan.
Sehubungan itu, jurucakap kumpulan pemimpin Uighur yang dibuang negara Dilxat Raxit berkata, Kongres Uighur Sedunia mengutuk sekeras-kerasnya kejadian itu.
“Ini adalah satu provokasi terbuka kepada agama Islam,” katanya dalam satu kenyataannya
Parti Komunis China berkata ia melindungi kebebasan beragama tetapi ia mengekalkan cengkaman yang ketat ke atas aktiviti-aktiviti keagamaan dan hanya membenarkan institusi yang diiktiraf secara rasmi untuk beroperasi.
China mempunyai kira-kira 20 juta orang Islam di seluruh negara, hanya sebahagian daripadanya adalah Uighur.




























