Pertempuran Sengit Merebut Wilayah Minyak Yaman

845

Oleh : Syed Solahuddin al-Idrusi

SANA’A, Yaman – Pertempuran sengit kembali meletus antara pemberontak Syiah Houthi dengan pejuang suku di provinsi Ma’rib, wilayah di barat Sana’a.

ma'rib tribesman2Pemberontak tidak mampu meraih kemajuan kerana menerima penentangan dari para pejuang suku kaum di wilayah Yaman yang kaya dengan minyak itu.

Al-Jazeera melaporkan pada hari Isnin (23/03), pertempuran itu berlangsung berlarutan dengan kejadian berbalas tembakan dari kedua belah pihak menggunakan senjata sederaha dan berat.

Mereka bergantian melepaskan tembakan mortir, roket dan meriam.

Sekurang-kurangnya 12 pemberontak Syiah Houthi dan empat pejuang suku terkorban, sementara 13 dari pemberontak Syiah dan 10 pejuang Suku kaum yang cedera parah, sebahagiannya dalam keadaan kritikal.

suku-yaman1Pasukan tambahan ketenteraan dari suku kaum telah tiba di lokasi pertempuran dan segera turun ke dalam medan untuk menghalau serangan pemberontak Syiah Houthi.

Pertempuran terjadi di daerah Al-Abudyiah menuju ke daerah Harim, yang merupakan salah satu pusat penghasil minyak di provinsi Ma’rib.

Peperangan antara pemberontak dan pejuang suku di Marib telah berlangsung sejak beberapa hari lalu. dimana keseluruhannya dilaporkan, seramai 43 tiga pemberontak dan 13 pejuang suku terbunuh.

Jumlah tersebut kemungkinan bertambah kerana pertempuran berlanjutan apabila para pejuang suku bertahan dan pemberontak Syiah Hothi terus menyerang.

Sebelumnya, pejuang suku di Ma’rib berikrar akan menentang syiah Houthi yang cuba merebut wilayah yang kaya itu.

Mereka yang menyatakan mendukung dan setia kepada Presiden Abdu Rabbah Manshur itu telah menyiapkan ribuan pasukan di pinggiran provinsi untuk menghalau serangan.