Pertelagahan Diplomatik Korea Utara – Malaysia Semakin Serius

1830

Pertelagahan diplomatik diantara Malaysia dan Korea Utara semakin serius apabila kedua-dua negara saling mengaharamkan kakitangan kedutaan masing-masing meningglkan sempadan.

Malaysia telah mengharamkan semua kakitangan kedutaan Korea Utara daripada meninggalkan negara ini selepas Pyongyang dihalang perjalanan keluar, semua rakyat Malaysia di negara tersebut.

Langkah tersebut ekoran pertelagahan antara kedua-dua pihak keatas penyiasatan Malaysia terhadap kematian saudara tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di lapangan terbang di Kuala Lumpur pada bulan lepas.

(Gambar bawah – sebuah kenderaan cuba keluar dari Keduataan Korea Utara, di halang oleh polis)

Agensi berita Korea KCNA yang dikendalikan Pyongyang melaporkan pada Selasa bahawa Kementerian Luar negara komunis itu telah memaklumkan kepada Kedutaan Malaysia tentang larangan tersebut.

“larangan sementara akan dikuatkuasakan sehingga penyiasatan kejadian itu di Malaysia diselesaikan dengan cara yang adil,” menurut sumber Kementerian Luar Korea.

Dalam reaksi segera, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan semua pegawai dan kakitangan Korea Utara di kedutaannya di Kuala Lumpur juga dihalang daripada meninggalkan negara ini.

“Kami telah mengarahkan semua kakitangan kedutaan itu diharamkan daripada meninggalkan negara ini melalui mana-mana pintu imigresen,” katanya kepada pemberita.
“Ini adalah tindak balas kerajaan apabila Korea Utara melakukan sama … tindakan masa depan akan diputuskan oleh Jemaah Menteri pada Jumaat,” jelasnya

Kedua-dua negara juga telah mengusir duta masing-masing selepas Pyongyang menuduh Malaysia bersekongkol dengan Korea Selatan di tengah-tengah tuntutan Seoul bahawa rejim ‘autoritarian Utara’ itu bertanggungjawab untuk kematian Kim.