KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu menyifatkan Umno dan Barisan Nasional BN) pengecut, terdesak menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang dan ‘tidak boleh bermain dalam padang yang sama rata’.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, mereka tidak mampu untuk mengalahkan PAS dan cuba merampas beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara ‘paksa’ melalui undang-undang.
”Jadi dia terpaksa meluluskan (usul persempadanan semula kawasan pilihan raya) dan tiga DUN untuk diambil balik secara yang orang panggil (paksa)….. contohnya macam DUN Tepoh kawasan kubu (PAS) menang,
”dia alih (beberapa daerah mengundi) ke dalam Batu Rakit yang menyebabkan kemenangan (PAS) berdasarkan (keputusan) pilihan raya umum (PRU) ke-13 (PAS) sudah jadi kalah,” jelasnya.


”Sedangkan DUN Sura (PAS) menang…….beribu- ribu (orang pengundi) dah (dikeluarkan daripada Rantau Abang) dan dia menyebabkan DUN Rantau Abang dari segi atas kertas kalah termasuk dengan termasuk dengan DUN saya (DUN Paka),
“Kalau dikira persempadan mukim, kenapa tidak diambil semua selepas daripada Bukit Bauk (kawasan) Batu lima tetapi dia ambil Sura sahaja,” tambahnya ketika ditemui selepas Dialog Rakyat pada Jumaat 30 Mac, di sini.
Maknanya, kata beliau, Umno-BN menggunakan persempadanan semula untuk cuba menyusun kemenangan kepada parti itu.


”dia (tindakan mengubah persempadanan) tidak memberi apa-apa kesan (kepada undi rakyat) saya rasa,” tegasnya.
Beliau yakin PAS akan menang dengan peningkatan jumlah pengundi-pengundi baru yang terdiri daripada orang muda.
”(dengan mengambil kira) generasi baru (dan pengundi) saluran satu dan dua) dan sebagainya dengan maklumat yang ada (yang dihadapi rakyat) dengan permasalahan yang semasa GST dan sebagainya (isu-isu lain) saya rasa hari ini PAS akan menang,
“Kalau semua rakyat Terengganu berubah dia ‘caing’ (ubah sempadan) macam mana pun (tak akan memberi kesan),” kata beliau yakin.



























