Perpaduan Umat Bukan Pilihan Tetapi Satu Amanah

139

KUALA TERENGGANU – Perpaduan umat bukan pilihan politik, tetapi satu amanah dakwah yang menuntut sabar, hikmah dan keikhlasan kerana jalan perjuangan yang masih panjang

Yang DiPertua PAS Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, dengan pemerkasaan tarbiyah, perkaderan dan gerak kerja berterusan, PAS berpotensi menjadi wadah utama umat Islam negara ini dalam dekad akan datang.

“Cabaran tetap wujud masih ada pihak yang menolak penyelesaian Islam dan menghalang PAS melalui sekatan serta kezaliman.

“Namun sejarah membuktikan, PAS kekal istiqamah dan bersih dalam pentadbiran.” jelas beliau pada program Liqa’ Fikri PAS Kawasan, semalam.

Justeru kata beliau, PAS adalah harakatul ummah yang menyusuri denyut nadi rakyat dari lorong kecil hingga ke pentas nasional.

“PAS tidak sempurna, tetapi PAS istiqamah dan istiqamah itulah yang akan membuka jalan kemenangan yang bermaruah.

“Mudah-mudahan Allah menyatukan hati kita, menguatkan langkah kita, dan memimpin perjuangan ini ke arah kemenangan yang diredhai.”tambah beliau

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, YB Datuk Haji Amzad dan YB Ustaz Dr Riduan, Ajk PAS Pusat merangkap kerana sudi hadir dan mengisi program tersebut.