Perpaduan Menjadi Keutamaan PN

222

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Perpaduan dalam kalangan masyarakat perlu menjadi keutamaan dalam Perikatan Nasional (PN) dan bukan semata-mata sebagai slogan oleh semua pihak dalam masyarakat.

Calon Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Haji Amzad Hashim berkata, Ia merupakan asas kepada kesatuan rakyat di Malaysia dan membawa kepada kemajuan pembangunan negara.

“Saya bertangggungjawab untuk tunjuk seluruh Malaysia kita di negeri Terengganu dari segi perpaduan kaum A, nombor satu. Saya kena bukti sebab apa DAP suka bercakap bagitahu PAS Taliban.

“Kita tak boleh nak buktikan tempat yang tiada komuniti cina, yang ada kepelbagai kaum sepertimana di kuala Terengganu.

“Inilah tempat saya akan berusaha bersungguh-sungguh bahawa PAS ini baik utuk semua,” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program
di Majlis Ramah Mesra Parti Gerakan dan Bersekutu Bersama Kaum Tionghua dataran The Store Kuala Terengganu pada Rabu, 16 November yang lalu.

Menurutnya, Kampung Cina adalah salah satu tarikan pelancongan nombor satu di Terengganu.

“Kalau Kampung Cina tak dielokkan jadi cantik , yang rugi bukan orang Cina tapi yang rugi kita semua orang Terengganu, kerana itu kita mesti bagi cantik tempat,” ujarnya.

Sementara itu, PN tidak berkompromi dengan rasuah dan salah guna kuasa.

“Ada tak kes rasuah berkait dengan pemimpin Islam kerana kita kata kita lawan rasuah kita tak bersetuju rasuah, kita betul- betul tak setuju rasuah.

“PAS sebuah parti berpegang kita pemimpin kita tak boleh rasuah, kita tak boleh tipu, kita mesti adil kerana itu bila dilantik pempimpin saya takut Allah marah,” katanya.

Amzad menambah, pelbagai bantuan telah diberikan tanpa mengira kaum di negeri ini.

“Dulu masa pemerintahan Barisan Nasional ,kalau orang PAS potong nama, tetapi bawah PAS tak kira parti kita bantu kita.

“Keluarga besar kita bantu , ini rakyat kita semua yang harus kita bantu,” tambah beliau lagi.