Permintaan Diterajui Arab Saudi Tidak Munasabah Untuk Tidak Diambil Tindakan

2116

Qatar telah menolak senarai permintaan yang dikemukakan oleh empat negara yang diterajui Arab Saudi dan menyatakan ia tidak munasabah untuk diambil tindakan.

Senarai itu diterima kementerian Luar Negera Qatar pada 22 Jun, menurut satu laporan oleh Agensi Berita yang dikendalikan pemerintah.

“Senarai ini permintaan mengesahkan apa yang Qatar telah katakan dari awal, sekatan haram tidak ada kena mengena dengan memerangi keganasan, ia adalah mengenai menghadkan kedaulatan Qatar,

“dan penyumberan dasar luar negara (Qatar),” kata Pengarah pejabat komunikasi kerajaan Qatar, Sheikh Saif bin Ahmed Al Thani dalam satu kenyataan.

“Setiausaha Negara Amerika Syarikat baru-baru ini telah menggeas negara-negara menyekat hubungan untuk menghasilkan senarai rungutan itu secara ‘munasabah dan boleh dilaksanakan. Setiausaha luar British juga meminta supaya tuntutan dapat ‘diukur dan realistik (sebaliknya) senarai ini(yang dikemukakan) tidak memenuhi kriteria yang,” tambahnya

Qatar juga berkata ia sedang mengkaji permintaan dan sedang bersedia memberi jawapan rasmi selepas mengesahkan penerimaan dokumen yang mengandungi tuntutan dari beberapa negara Arab itu.

Negara Arab diketuai Arab Saudi telah mengenakan sekatan terhadap Qatar sejak awal bulan ini di tengah-tengah krisis diplomatik utama.

“Qatar kini sedang mengkaji kertas ini, tuntutan yang terkandung di dalamnya dan asas-asas di mana mereka mendasarkannya,

“untuk menyediakan tindak balas yang sesuai untuk itu dan menyerahkannya kepada negeri Kuwait,” kata agensi QNA, memetik kenyataan oleh kementerian hal ehwal asing.