Permaya Tandatangan MoU Dengan Penerbangan Turki

980

SITTIN, YAMAN – Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) telah berjaya menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan salah satu syarikat penerbangan antarabangsa yang tidak asing lagi, Turkish Airlines

IMG-20140331-WA0076Turkish Airlines INC diwakili oleh Pengurus Besarnya di Yaman, Mustafa Ozkahraman dan PERMAYA diwakili oleh Ustaz Abdul Rahman Che Mat iaitu Presiden Persatuan Pelajar Yaman.Walaubagaimanapun, rundingan masih lagi berjalan dari semasa ke semasa.

Menurut Abdul Rahman, perjanjian tersebut adalah bagi kemudahan para pelajar yang datang dan pulang ke tanah air menggunakan khidmat penerbangan tersebut.

“Alhamdulillah, rundingan awal buat permulaan ini kita telah berjaya mendapatkan penambahan kilo kargo sehingga mencapai 40kg bagi setiap penumpang yang membeli tiket melalui agen yang dilantik khas oleh PERMAYA,”ujarnya.

Beliau berkata ketika ditemui sejurus selepas selesai menandatangani perjanjian persefahaman itu.

Ustaz Abdul Rahman juga mengucapkan syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua para pelajar Malaysia di Yaman yang memberikan sokongan kepada beliau.

“Kita bersyukur ke hadrat ilahi dengan termeterainya perjanjian ini, maka kita mengharapkan terutamanya daripada ahli untuk memberi sokongan agar PERMAYA akan terus dapat memberikan yang terbaik khususnya yang bersangkut paut soal kebajikan ahli,”katanya