Perkukuh ‘Spiritual’ Masyarakat, Misi Hasan Haris

85

TAWAU – Agenda memperkukuhkan ‘spiritual’ masyarakat berpaksikan ajaran Islam adalah misi Calon Perikatan Nasional Dewan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai sekiranya menerima mandat sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Hasan Harris berkata, sebagai umat Islam, agama adalah “cara hidup’ dalam semula aktiviti seharian sorang muslim.

Dengan meletakkan asas itu, kata Hasan anak dan cucu nanti, akan memahami hakikat kehidupan di dunia dengan bergantung sepenuhnya kepada Allah.

“Membawa kembali pegangan agama masing-masing baik yang muslim ataupun yang bukan Islam supaya masyarakat lebih aman dan harmoni.

“Mudah-mudahan dengan misi yang saya nyatakan dapat menjaga dan mengeratkan hubungan sesama masyarakat khususnya di DUN Merotai. Aamiin,” ujarnya melalui satu kenyataan media, di sini, semalam.

Dari sudut kebajikan pula, beliau menyatakan hasrat untuk membuka pejabat DUN bagi memudahkan ahli masyarakat mengadu tentang pelbagai masalah yang mereka hadapi.

“Syurga itu di bawah tapak kaki para ibu” Hasan bertemu ibunya untuk mendapat resrtu

“Kami akan cuba menjadi penghubung diantara rakyat dan jabatan kerajaan untuk menyelesaikan aduan yang diterima.

“Semoga dengan adanya pejabat ini, nasib rakyat akan lebih terbela,” ujarnya.

Selain itu, Hasan mahu mengukuhkan fungsi ketua pentadbiran di peringkat kampung dan persatuan penduduk.

“Ini adalah untuk memastikan setiap kampung mempunyai agenda untuk kemajuan dan penambahbaikan keadaan infra di Kampung-kampung,” jelas beliau.