Terengganu, Malaysia

Perkenalkan VMF Untuk Tarik Pelancong

Perkenalkan VMF Untuk Tarik Pelancong

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU – Kempen ‘Buy Muslim First’ (BMF) yang giat dijalankan perlu diambil peluang oleh kerajaan dengan memperkenalkan program ‘Visit Muslim First’ agar dapat menarik pelancong ke Terengganu .

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, fokus utama program itu adalah mensasarkan pengunjung dari negara-negara umat Islam.

“Saya percaya kita dapat membuat satu kempen yang agak agresif dan berstrategi untuk menarik pelancong dari Timur Tengah,

“tidak mustahil pesawat “Qatar Airways’ akan mendarat di Lapangan Terbang Kuala Terengganu suatu hari nanti, Insya-Allah,” tegas beliau.

Beliau yang juga ADUN Batu Burok berkata demikian, ketika membahaskan ucapan Pembentangan Bajet 2020 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri(DUN) Negeri Terengganu ke – 14 di Wisma Darul Iman (WDI) di sini pada Selasa 26 November

Jelasnya, sebagai contoh, Pulau Langkawi telah menarik pelancong dari negara Qatar.

“(Sebagaimana) maklumat dalam beberapa bulan lepas syarikat penerbangan antarabangsa (Qatar Airways) telah membuat penerbangan ‘direct’ ke Pulau Langkawi kerana tarikan di sana,” ujar beliau.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan