Beliau dilaporkan memberi kata dua kepada Mahmoud Abbas yang mengetuai Pihak Berkuasa Palestin (PBP), memilih damai dengan Israel tidak boleh bersekutu dengan Hamas.
“Saya telah berkata banyak kali pada masa lalu bahawa Pihak Berkuasa Palestin mesti memilih antara persekutuan dengan Hamas dan damai dengan Israel. Hamas dan keamanan tidak pergi bersama-sama,”kata Netanyahu.
Perjanjian damai antara Fatah dan Hamas telah ditandatangani diantara Mahmoud Abbas mewakili Fatah dan Khalid Meshal mewakili Hamas, di Doha, 6 Februari, Isnin lalu. (Gambar)
Hamas dan Fatah, selain kumpulan Palestin lain, telah mengadakan rundingan bertujuan mendamaikan puak berselisihan buat kali pertama pada Februari 2010.
Pada Mac 2010, dalam rancangan TV Debat Doha, wakil Fatah dan Hamas membincangkan masa depan kepimpinan Palestin.
Satu perjanjian perdamaian antara Fatah dan Hamas dicapai di Kaherah pada 27 April 2011.
Mereka bersetuju membentuk kerajaan perpaduan, dan mengadakan pilihan raya di kedua-dua wilayah Palestin dalam masa 12 bulan pembentukan kerajaan tersebut.
Pemeteraian persetujuan ini menandakan perapatan jurang empat tahun antara dua seteru ini.
Pada 4 Mei 2011 dalam satu upacara di Kaherah, persetujuan ini ditandatangani secara rasmi oleh Presiden Pihak Berkuasa Palestin dan pemimpin Fatah Mahmoud Abbas dengan pemimpin Hamas Khaled Meshal.
Persetiaan ini memberikan rangka untuk membentuk kerajaan “peralihan” teknokrat untuk persediaan pilihan raya perundangan dan presiden dalam jangka masa setahun.
Ia juga membenarkan kemasukan Hamas ke dalam PLO dan memegang jawatan dalam Majlis Kebangsaan Palestin.
PBP akan terus menjaga kawalan keselamatan di Tebing Barat, begitu juga kerajaan Hamas di Gaza.
Perjanjian ini bagaimanapun dibantah Israel dan sekutunya Amerika Syarikat serta kuasa-kuasa Barat.
Mereka yang selama ini menyokong perdamaian, seolah-olah menentang damai apabila ianya berlaku diantara Hamas dan fatah.
Berat sebelah media barat dapat dilihat dengan jelas melalui laporan media Barat yang menyokong Israel.
Sebaik perjanjian di tandatangani, akhbar-akhbar Yahudi di Israel menyiarkan berita propaganda melaporkan kononnya terdapat kekecewaan dikalangan golongan muda Palestin.
Media Barat terus melabelkan Hamas sebagai kumpulan pengganas dan bukannya pejuang rakyat Palestin.
Mereka mengungkap-ungkap kata-kata Perdana Menteri Regim Israel yang menuduh Hamas menrima bantuan Iran dalam usaha menghapuskan Israel.
Media Barat terus memainkan jarum ‘mencucuk’ kedudukan Perdana Menteri Fatah Salam Fayyad dan melaga-lagakannya dengan Mantan Perdaa Menteri, Ismail Haniyah.
Sedangkan perjanjian hanya memutuskan Mahmoud Abbas akan terus mengetuai Pihak Berkuasa Palestin, da tidak menyebut siapa yang akan menyandang jawatan Perdana Menteri.
Ada juga di kalangan agensi media Arab yang cenderung kepada Barat, mengutip sumber Israel dan menjadikannya sebagai berita utama.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, menggesa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, kelmarin agar tidak meninggalkan meja rundingan dengan Israel.
Gesaan itu dibuat selepas parti Fatah pimpinan Abbas menandatangani perjanjian dengan Hamas, dengan persetujuan beliau terus mengetuai pemerintah sementara.
Perjanjian itu menamatkan perbalahan berhubung jawatan tersebut, yang menyebabkan perdamaian antara dua kumpulan itu terbantut.
Ban Ki-Moon dan Abbas berbual melalui telefon berkaitan perjanjian itu, dengan Ban Ki-Moon menegaskan rundingan damai dengan Israel dan perdamaian dengan Hamas tidak boleh dilihat sebagai bertentangan antara satu sama lain.



























