Perjalanan Misi Kemanusiaan Kedua Yaman, Bertambah Sukar

2137

Perjalanan delegasi Misi Kemanusiaan Kali Kedua Ke Yaman, lebih sukar berbanding dengan Misi Pertama pada tahun lalu.

misi yaman 2cWakil Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Syed Solahuddin Syed Hassan berkata, dugaan dan cabaran bermula sejak hari pertama, ketika berangkat.

“saya ditahan di KLIA…..di soal siasat selama hampir sejam……penerbagan saya terlepas, saya terpaksa ambil tiket lain untuk ke Muscat,

“sampai di Muscat (Oman) untuk meneruskan perjalanan ke Seiyun (Hadramaut) makan masa hampir lima hari………(Misi) tahun lepas dengan tahun ini tak sana sama………..bas (ke Tarim) sangat payah,”ujar beliau.

Katanya, sampai di Salalah, bandar di sempadan Yaman-Oman, terpaksa mendapatkan khidmat ‘kereta sapu’ kerana bas ke bumi hanya bergerak seminggu sekali, berbanding dua kali seminggu sebelumnya.

misi yaman 2Beliau berkata, ia meningkatkan kos perjalanan dan risiko kepada anggota delegasi yang terpaksa merentasi beberapa kawasan di pedalaman Yaman.

“dari Salalah ambil ‘prebet sapu’ ke Al Ghaydah (Yaman)…….dari situ ambil bas pula untuk ke Saeiyun, Hadramaut………perjalanan masa lebih kurang tiga hari,”keta beliau ketika menghubungi kami.

Sehubungan itu, Ketua Media dan Publisiti Yemen Care Abdul Rahman Che Mat mengucapkan syukur kerana telah diberi kemudahan oleh Allah, sehigga delegasi Misi dapat menjejakkan kaki ke ‘Bumi Hikmah’ Yaman.

“Setelah menempuh perjalanan perjalanan selama enam hari…….akhirnya kami berjaya masuk ke Yaman, dan inilah episod sebenarnya dalam Misi ini,

misi yaman 2b“saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, yang mendoakan perjalanan ini, semoga kita semua dipermudahakan Allah dalam usaha kita membantu saudara-saudara kita di Yaman,”jelasnya.

Justeru itu, beliau merayu kepada semua umat Islam agar terus dapat menyumbang kepada tabung Yemen Care bagi meringankan beban para pelarian yang sangat ramai di wiayah Ma’rib.

“saya memohon……mohon sungguh-sungguh kepada semua……agar dapat membantu kami……kerana kami dimaklumkan oleh Jam’iyyah al-Islah al-Tjtimaii al-Khairiyyah (NGO),

“terdapat lebih 100 keluarga pelarian di Ma’rib yang sedang menghadapi kesukaran menempuh musim dingin di sini,

misi Yaman 2017“jadi Misi ini akan bertambah kosnya untuk kita dapat membeli keperluan hidup ereka, makan minum sedikit sebanyak, pakaian tebal aua selimut, untuk kita beri kepada mereka,”tegasnya.

Beliau berkata, sumbangan boleh di salurkan ke Akaun CIMB YEMENI CARE bernombor; 8602269245.

Berita berkait;

Misi Kali Kedua Yemen Care Ke ‘Bumi Hikmah’

Perjalanan Yang Jauh Dan Ujian Yang Getir