‘Perisai Manusia Kashmir’ Bangkit Kemarahan

1465

Tindakan tenera India menjadikan seorang warga Kashmir sebagai ‘perisai manusia’ mencetuskan kemarahan warga kawasan bergolak itu dan para aktivis hak asasi manusia.

Rakaman video yang menunjukkan mangsa Farooq Ahmad Dar, 26, diikat di hadapan kenderaan ketika konvoi tentera lalu di tengah-tengah pertempuran antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan.

Tunjuk perasaan itu, yang membantah terhadap pilihan raya kecil yang diadakan pada bulan lepas menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 200 cedera.

Sebaliknya, pegawai terbabit Majar Leetul Gogoi, walaupun masih disiasat mengenai kejadian itu, lalu dianugerahkan Panglima Kad Kepujian Kakitangan kerana usaha beliau yang didakwa pihak tentera, berterusan dalam operasi menentang pemberontakan.

Bercakap kepada Al Jazeera dari Srinagar pada Selasa, Farooq Ahmad Dar berkata pengalaman pahit selama enam jam telah meninggalkan kesan trauma dan tidak dapat meneruskan kerjanya sebagai penenun selendang.

Beliau menyifatkan anugerah yang diberi tentera kepada Major itu menunjukkan India “menyokong penindasan dan ketidakadilan.

“Tangan saya, kaki dan seluruh badan saya masih sakit walaupun selepas lebih daripada satu bulan (berlaku),

“Saya tidak dapat pulih daripada kejutan itu.” Kata Farooq, yang tinggal bersama ibunya, berusia 70 tahun.

Katanya, beliau tidak menjangka keadilan mendapat keadilan keatas penganiyaan yang dilakukan kepada dirinya.

“Tiada siapa yang telah mendapat keadilan di Kashmir, jadi mengapa saya?” katanya.

Sementara itu, seorang aktivis hak asasi manusia, Parvez Imroz berkata, langkah untuk memberi anugerah kepada Mejar Gogoi adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat tentera.

Namun begitu, tindakan menjadikan Farood Dar sebagai ‘perisai manusia’ telah mendapat kritikan antarabangsa kepada pemerintah India.

Rakannya Khurram Parvez berkata, anugerah itu membawa erti India berpegang kepada ‘kaedah penyeksaan’ sebagai satu cara untuk menyelamatkan nyawa dan sebagai sebahagian daripada perang menangani pemberontakan di Kashmir.

“Ini adalah satu isyarat kepada orang-orang di Kashmir bahawa India boleh berbuat apa-apa di sini dengan sewenang-wenangnya mutlak,” katanya kepada AFP.