Perhimpunan Besar-besaran Menentang ‘Ahok’ Menjelang Pilihan Raya Jakarta

2245

Lebih daripada 100,000 warga Indonesia telah berkumpul untuk sembahyang beramai-ramai di masjid negara Jakarta, menjelang pilihan raya memilih gabenor di ibu negara yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Pemimpin yang hadir bersama himpunan itu, menggesa warga Jakarta memilih hanya calon Islam sahaja bagi jawatan tersebut.

Penganjur memutuskan untuk mengadakan satu perhimpunan pada Sabtu di Masjid Istiqlal selepas polis tidak membenarkan perarakan jalanan bagi menentang penyandang Gabenor Basuki Tjahaja Purnama atau ‘Ahok’ yang dituduh menghina al-Quran.

Berhimpun sejak subuh Jumaat kelmarin, bagi menunjukkan bantahan terhadap Ahok

Ahok, seorang etnik Cina akan ditentang oleh dua calon, Agus Harimurtri Yudhoyono dan Anies Baswedan pada Rabu depan.

“Pada 15 Februari, kami gembira untuk mengundi pemimpin Islam (dan) Jakarta akan diketuai oleh seorang pemimpin Islam yang menyerahkan kepada kehendak Allah,

“pengundi harus memilih Yudhoyono atau Baswedan,”kata seorang penceramah, Maulana Kamal Yusuf, kepada orang ramai.

“Jakarta akan menjadi sebuah bandar agama.”tambahnya.

Gabenor Jakarta itu telah berkata, lawannya menggunakan ayat al-Quran untuk menipu pengundi, semasa berkempen beberapa bulan lalu.

Ekoran pendedahan video yang menular, protes terhadap beliau telah menarik beratus-ratus ribu penunjuk perasaan aman, di jalan-jalan Jakarta pada November dan Disember.