Penjara Menanti Warga Saudi Sertai Perjuangan Negara Asing

789

Raja Saudi Abdullah Bin Abdul Aziz [Gambar bawah] mengeluarkan perintah diraja (Dekri) pada hari Isnin, akan menjatuhkan hukuman penjara kepada warga Arab Saudi yang berperang dalam konflik di luar negara, walaupun membantu negara Islam lain.

[Gambar Atas – sumber diplomatik barat dipetik sebuah laman Islam Turkey menyatakan seramai lebih 4,000 orang warga Saudi kini berjuang di syria]

MDekri tersebut mengatakan bahawa mana-mana warganegara Saudi yang menyertai ‘pelampau agama dan ideologi kumpulan, atau apa yang dikelaskan sebagai pertubuhan pengganas’, boleh menerima hukuman penjara antara tiga hingga 20 tahun.

Menyokong kumpulan-kumpulan tersebut juga, menurut dekri itu, yang menerima pakai ideologi atau menggalakkan perkembangan kumpulan-kumpulan tersebut ‘melalui ucapan atau menulis’juga tidak akan terlepas dari menerima hukuman.

Perintah DiRaja itu dilihat, bertujuan mengekang aliran para pemuda Saudi keluar membantu pejuang Syria yang dipercayai telah menarik beratus-ratus golongan muda.

Kerajaan Saudi bimbang mereka yang pergi berjuang bersama perjuangan rakyat Syria dan lain-lain kumpulan Islam akan menentang kerajaan apabila kembali semula ke tanah air. – sumber al-Jazeera dan agensi lain