Pengerusi baharu Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF ) Abul khayr Alonto , yang menggantikan Nur Misuari, menyatakan sokongan kuat kepada proses perdamaian dan perjanjian damai yang ditandatangani antara Filipina denganBarisan Pembebasan Islam Moro (MILF ).
Katanya, MILF telah berjuang untuk pemerintahan sendiri bagi tanah air Moro lebih 40 tahun yang lalu.
Oleh itu, beliau menggesa umat Islam untuk menyokong perjanjian Bangsamoro antara kerajaan Aquino dan MILF.
Alonto ketika bercakap kepada rangkaian televisyen milik kerajaan bulan lepas juga berkata, kumpulannya bertekad dalam menyokong proses perdamaian.
Beliau turut menggesa Kongres Filipina meluluskan entiti politik baru yang dikenali sebagai Bangsamoro yang akan menggantikan Wilayah Autonomi.
Menurutnya, rakyat Moro bersatu ketika ‘rumah’ mereka di perintah dan mestilah bersatu apabila mahu menerima ‘kunci rumah’ sendiri.
Beliau percaya, apa yang diajar oleh datuknya, bahawa kunci tidak berada dalam tangan mereka selagi undang-undang rangka kerja asas Bangsamoro tidak diluluskan oleh Kongres atau melalui pindaan Perlembagaan.
“Saya akan berharap bahawa apabila penubuhan kerajaan ini kita boleh mempunyai autonomi fiskal penuh kita boleh (rancang) bajet apa yang kita perlukan,
“semua hasil ini datang dari sumber-sumber kita perlu digunakan untuk pendidikan percuma, kesihatan percuma dan tempat tinggal yang bebas,”ujarnya.



























