Bekalan tenaga tersebut telah dipotong secara berterusan semenjak seminggu yang lepas sambil menekankan bahawa bekalan air dan elektrik tersebut hanya akan wujud untuk beberapa jam sahaja yang mana sememangnya tidak mencukupi untuk mereka menjalani kehidupan seharian.
Berdasarkan laporan daripada salah satu stesyen radio tempatan mengatakan bahawa laungan salah seorang penduduk di situ yang sudah hampir serak suaranya jelas kedengaran kerana mengadu mengatakan bahawa bekalan air tidak sampai ke rumahnya.
Katanya, air juga tidak sampai ke perumahan kawasan kejirananya semenjak lebih dari empat hari dan mengatakan lalat,nyamuk dan bermacam jenis serangga telah menghurungi rumahnya dan kawasan kejirananya kerana kotor dan air pula tiada untuk membersihkanya.
Begitu juga seorang penduduk yang lain yang hanya ingin dikenali sebagai Ummu Muhammad mengadu bahawa bekalan elektrik tidak sampai ke rumahnya dan jikalau ada pun hanya untuk beberapa jam sahaja dan keadaan tersebut kadang-kadang boleh berlaku sepanjang malam dan telah berlarutan semenjak empat bulan lebih.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/