Pendedahan media Perancis tentang aktiviti rasuah diperingkat tinggi negara itu membuktikan penyakit pentadbiran dan pengurusan itu bukan asing.
Kali ini, akhbar-akhbar melaporkan tentang dakwaan bahawa bekas Presiden Nicolas Sarkozy menerima hampir 2 juta Euro sebagai balasan bagi penjualan 45 ‘Eurocopter’ ke Kazakhstan.
Dilancarkan pada tahun 2010, sebuah syarikat kejuruteraan Kazakhstan dan syarikat Eurocopter Perancis menandatangani satu perjanjian bagi penjualan 45 Eurocopter helikopter ke Kazakhstan dalam urus niaga bernilai kira-kira 2 bilion Euro.
Dokumen undang-undang tersebut telah disebut oleh Davet dan Fabrice Lhomme dalam akhbar Le Monde.
Menurut perjanjian itu, 45 helikopter akan disiapkan dalam masa enam tahun dan dibina antara enam kilang-kilang usahasama syarkat terbabit.
Kerajaan Malaysia pernah ‘terpalit’ dengan dakwaan rasuah berhubung pembelian kapal selam jenis Scorpene dari negara Perancis.
Dakwaan rasuah yang turut mengaitkan skandal pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Shaaribu di Malayisa, telah muncul dalam satu kes penyiasatan Perancis yang memeriksa sama ada pembinaan kapal gergasi firma DCNS membayar rasuah kepada pegawai Malaysia.
Menurut agensi Reuters, dokumen-dokumen terbabit termasuk rekod-rekod urusniaga kapal selam itu dirampas oleh pendakwa Perancis dalam serbuan di pejabat DCNS, dan perincian bayaran yang telah dibuat kepada dua syarikat yang ditubuhkan oleh bekas penganalisis politik Razak Baginda, rakan bekas Najib yang bekerja dalam kontrak kapal selam.
Namun dakwaan rasuah membabitkan kewangan sebanyak $ 1.25 bilion (USD) kerana pembelian dua kapal selam oleh Kementerian Pertahanan itu, telah dinafikan oleh kerajaan Malaysia.










