KUALA TERENGGANU – Para pemuda adalah tulang belakang perjuangan yang menggenggam masa depan umat dan Perhimpuan Pemuda Islam Dungun (PERIDU) 2025, medan tekad untuk memperkukuh semangat jihad.
Yang Dipertua PAS Dungun YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata, program itu adalah wadah Untuk memperdalam kefahaman Islam dan mempererat ukhuwah di antara kita.
“PERIDU ini adalah lambang kekuatan, kesatuan dan keazaman Pemuda Islam dalam meneruskan perjuangan menegakkan Islam di bumi Dungun, di bumi Terengganu yang kita cintai ini.” jelas beliau.
Ahli Parlimen Dungun itu berkata demikian dalam media sosialnya, sempena beliau merasmikan program tersebut di Kuala Jengal, pettang semalam 17 Oktober.


Tambahnya, PERIDU bukan sekadar satu perhimpunan biasa tetapi setiap aktiviti yang diatur sepanjang program, sama ada konvoi, kuliah, qiamullail atau sukan dijadikan medan tarbiah, dakwah dan khidmat.
“Biar setiap langkah kita di sini mendapat ganjaran pahala dan redha Allah SWT.
“semoga dengan izinNya, PERIDU 2025 akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan baru Pemuda Islam Dungun yang lebih berdisiplin, lebih berstrategi, dan lebih mantap dalam meneruskan agenda perjuangan Islam di setiap lapangan.” tegas beliau.


Justeru, Ustaz Wan Hassan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan program hebat itu.
“Para urusetia, petugas, dan semua peserta yang sanggup datang dari jauh dan dekat. Semoga setiap langkah kita di sini menjadi amal soleh di sisi Allah SWT.” ujar beliau.





























