Pemuda PN Terus Berkhidmat Untuk Masyarakat

381

Oleh : Akid Hafriz

KUALA TERENGGANU – Pemuda Perikatan Nasional (PN) terus berkhidmat, menyampaikan bakul makanan kepada masyarakat yang terkesan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu (DPPKT),Ustaz Ahmad Asyraf Mohd berkata, pihaknya bersama Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Terengganu telah turun ke beberapa rumah di bandar raya ini.

“Petang ini kami turun menyantuni anak-anak muda di samping menyampaikan sedikit sumbangan bakul makanan kepada mereka.

“Sebanyak 100 pek bakul makanan telah diagihkan dengan 50 diagihkan oleh pihak DPPKT dan 50 lagi diagihkan oleh Armada Kuala Terengganu,” katanyaketika ditemui.


Oleh itu, beliau berharap, silaturrahim antara kedua-dua parti meningkatkan usaha membantu komuniti, terutamanya golongan muda.

” Mudah-mudahan program ini dapat membantu meringankan beban anak muda yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan,” tambah beliau.

Sementara itu, Ketua Armada Kuala Terengganu, Ahmad Hariz menzahirkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang julung kali diadakan di antara DPPKT dan Armada Kuala Terengganu.

“Saya harap agar kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” kata Hariz.