Pemuda Alu-alukan Penubuhan Skuad Penguatkuasa Sukarelawan Syariah

1013

Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyambut baik cadangan pihak Kerajaan Negeri Terengganu untuk menubuhkan Skuad Penguatkuasa Sukarelawan Syariah baru-baru

Ketuanya, Nasir Razak berkata kami difahamkan empat orang akan dilantik terdiri dari dua lelaki dan dua wanita setiap kariah.

“Kami menyokong penuh usaha ini kerana melihat kepentingan penguatkuasaan syariah merupakan satu elemen penting dalam mencapai Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera yang selalu dislogankan.

“Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah sudah diluluskan pada tahun 2001 lagi, dan pihak berkuasa sedia mempunyai keupayaan yang terhad terutama dari segi bilangan penguatkuasa,” Ujarnya.

Beliau yang Pengarah Urus Setia Belia,Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan (UBSNT) berkata demikian dalam kenyataannya di laman Facebook Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, pada hari ini.

Menurutnya, DPPNT berharap penubuhan skuad ini dapat disegerakan dengan melicinkan urusan birokrasi perlantikan kerana ia melibatkan kepentingan rakyat negeri Terengganu sendiri.

“Walaupun ia bukan bertujuan untuk membuka aib atau mencari kesalahan, namun pencegahan amat penting dan bertepatan dengan nilai dan maksud penggubalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2001 Negeri Terengganu.

“Apa yang penting bagi kami adalah pelaksanaan kepada dasar-dasar yang telah dirancang dan kami bersedia menjadi semak dan imbang (check and balance) kepada pihak kerajaan. Malah apa yang lebih penting, ia turut menjadi hasrat rakyat Terengganu,” tambah beliau.