Terengganu, Malaysia

Pemerintah Mesir Penjarakan Bekas Menteri, Wartawan

egypt-court

Mahkamah Mesir pada hari Sabtu memenjarakan lapan orang, termasuk seorang bekas menteri dan bekas hakim, dengan hukuman penjara kerana dituduh melakukan “penyeksaan”semasa revolusi 2011 yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak.

Mohammed-Beltagy-In-Court-Rabaa-SignMahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara terhadap dua orang ahli Ikhwan, termasuk pemimpin kanan kumpulan itu Mohamed Beltagi [gambar kiri], pendakwah Salafi Safwat Hegazi dan penyampai yang juga wartawan Al-Jazeera Ahmed Mansour, selama 15 tahun kerana dituduh “mendera” seorang peguam berhampiran Dataran Tahrir, Kaherah, semasa pemberontakan 2011.

Empat orang yang lain, termasuk bekas hakim terkemuka Mahmoud al-Khudeiry, bekas menteri belia Osama Yassin, juga dikenakan hukuman penjara tiga tahun, setiap satu pada tuduhan yang sama.

Semua defendan dalam kes itu, kecuali Mansour, yang kini di luar negara, berada dalam jagaan polis.

Keta Pendakwa Mesir Hisham Barakat telah meminta kedua-dua rakan sejawatannya dari Qatar dan Interpol untuk menyerahkan Mansour, seorang warga Mesir dihantar ke Kaherah bagi menghadapi tuduhan terhadapnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan