Pemerintah China Arahkan Peniaga Muslim Jual Arak

1831

Pemerintah China telah mengarahkan pekedai Muslim dan pemilik restoran di sebuah kampung di wilayah Xinjiang untuk menjual alkohol (Arak) dan rokok, dan menggalakkan mereka membuat paparan menarik barangan terbabit usaha untuk melemahkan pegangan Islam oleh penduduk tempatan.

xinjiangmuslimsRadio Free Asia (RFA ) melaporkan, mana-mana pihak yang tidak mematuhi perintah itu diancam dengan penutupan dan pemiliknya akan didakwa.

China melancarkan ‘tindakan keras’ tersebut bagi menghadapi rasa tidak puas hati yang meluas ke atas pemerintahannya, yang telah bertindak menindas penduduk Islam di wilayah itu terutamanya di Xinjiang.

Siri keganasan yang sering berlaku dalam tempoh dua tahun yang lalu, menyebabkan China telah melancarkan kempen untuk melemahkan pegangan agama Islam di rantau barat itu.

Kakitangan kerajaan dan kanak-kanak telah dihalang daripada menghampiri masjid-masjid atau menghayati bulan Ramadan al-Mubarak.

Di banyak tempat, wanita telah dilarang memakai tudung dan lelaki tidak digalakkan berjanggut panjang.

Di kampung Aktash di selatan Xinjiang, pegawai Parti Komunis Adil Sulayman, memberitahu RFA ramai pekedai tempatan telah berhenti menjual alkohol dan rokok dari 2012 “kerana mereka takut celaan awam,”

xinjiangsecuritySehubungan itu, ramai penduduk tempatan telah memutuskan untuk menahan diri daripada minum arak dan merokok, yang juga dilarang oleh agama Islam.

Sulayman berkata pihak berkuasa di Xinjiang melihat etnik Uighur yang tidak merokok adalah mematuhi “satu bentuk ekstremisme agama.”.

Beliau berkata, pemerintah telah mengeluarkan arahan untuk menangani sentimen agama yang semakin meningkat yang didakwa boleh “menjejaskan kestabilan.

“Kami mempunyai kempen untuk melemahkan agama di sini, dan ini adalah sebahagian daripada kempen itu,” katanya kepada perkhidmatan berita radio yang berpangkalan di Washington itu.

Notis, yang diperolehi oleh RFA dan dipaparkan di Twitter, mengarahkan semua restoran dan pasar raya di Aktash untuk menjual lima jenama alkohol dan rokok dan memaparkan mereka dengan jelas.

“Sesiapa yang mengabaikan notis ini dan gagal untuk mematuhi akan melihat kedai-kedai mereka ditutup, perniagaan mereka digantung, dan tindakan undang-undang dilaksanakan terhadap mereka,” kata notis itu.