Pembunuhan Warga Palestin di Tebing Barat Meningkat Tiga Kali Ganda

730

RAMALLAH – Tentera Israel menembak mati seorang pemuda Palestin berusia 19 tahun di Tebing Barat pada Rabu, dengan tentera mendakwa beliau telah melepaskan tembakan pada mereka walaupun saksi menegaskan beliau tidak bersenjata .

Insiden yang berlaku di utara Ramallah itu, adalah kali pertama tahun ini bahawa Palestin telah dibunuh oleh tentera di Tebing Barat.

Sumber perubatan dan keselamatan Palestin mengenal pasti mangsa sebagai Mohammad Mubarak, 19 , dari kem pelarian Jazalun.

Beliau bekerja sebagai buruh dalam projek jalan raya yang menghubungkan Ramallah dengan Nablus, sebahagian daripada projek yang dibiayai USAID .

PALESTINIAN-ISRAEL-CONFLICTBapanya adalah antara pemimpin tempatan utama di kem Jalazun itu.

Tentera Israel mendakwa, Mohammad Mubarak adalah ‘pengganas’ dan telah melepaskan tembakan di sebuah pos tentera berhampiran Ofra dan tentera telah membalas tembakan.

Pihak tentera juga diedarkan gambar-gambar senjata beliau telah didakwa menggunakan
senjata api.

Sebaliknya saksi memberitahu AFP bahawa Mohammed Mubarak tidak bersenjata dan dia telah diganggu oleh anggota tentera yang membuatkan beliau mengangkat bajunya untuk memastikan dia tidak membawa bahan letupan.

Menteri Perumahan dan Kerja Raya Palestin, Maher Ghneim mengutuk pembunuhan itu apa yang beliau sifatkan sebagai ‘pembunuhan tidak berhati perut’ keatas seorang buruh yang bekerja pada projek yang dikendalikan oleh kementerian dengan kerjasama USAID .

Ghneim juga membidas percubaan Israel untuk ‘memutarbelitkan cerita’ dengan mengatakan Mubarak telah melepaskan tembakan ke atas tentera , sedangkan beliau hanya membawa ‘tanda untuk mengarahkan lalu lintas’ apabila beliau telah ditembak.

Menteri tersebut mendesak dipanggil satu siasatan bebas dilakukan oleh kumpulan hak asasi antarabangsa.

Seramai 27 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat pada tahun 2013, tiga kali ganda angka dari tahun sebelumnya.