Agree to open more chances to Sarawakians, starts with Sarawak GLC

838

In principal, Sarawak PAS Youth agrees with the suggestion of Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing for more chances to be given to local Sarawakians by PETRONAS to fill up key positions in management and technical.

Sarawakians are proven to have skills and knowledge which are on par if not better to hold key positions in oil and gas industry. Sarawak natural treasures should be managed by Sarawakians with the help and support from local experts from all over the nation.

However, Sarawak PAS Youth urges state government to not simply let go the responsibility of building Sarawakians capability to PETRONAS and oil and gas industry only. State government should initiate and walk the talk by opening up more chances to Sarawakians in Government-Linked-Companies.

For example, Sarawak Energy led by Torstein Dale Sjotveit. Major Player in property development, Cahaya Mata Sarawak led by Richard Curtis.

Is there no more qualified Sarawakians to lead these two major companies in Sarawak?

Sarawak PAS Youth considers Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing’s statement merely a popular statement without a real intention. Prove it first with GLCs, and don’t simply let go the responsibility to other parties, without initiating it first. The government should also plan to increase Sarawakians industry experts. But, sadly, there is no specific budget for youth development in term of academics, social and technical development in the recent state budget.

Syamsul Bahri Mohd
Naib Ketua Pemuda PAS Sarawak


VERSI BAHASA

Sokong peluang lebih luas untuk anak Sarawak, mulakan dengan GLC Sarawak

Pemuda PAS Sarawak secara dasarnya bersetuju dengan cadangan Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing supaya peluang lebih luas diberikan kepada anak Sarawak oleh PETRONAS untuk mengisi jawatan-jawatan pengurusan dan teknikal.

Anak-anak Sarawak sudah terbukti mempunyai kepakaran dan kemahiran yang setanding jika tidak lebih baik untuk mengisi jawatan-jawatan utama dalam industri minyak dan gas. Khazanah bumi Sarawak ini lebih utama untuk diuruskan oleh anak Sarawak sendiri dengan bantuan dan sokongan pakar-pakar tempatan dari seluruh negara.

Namun, Pemuda PAS Sarawak ingin menyeru pihak kerajaan negeri supaya tidak hanya menyerahkan tanggungjawab membina kepakaran anak Sarawak kepada PETRONAS dan industri minyak dan gas semata-mata. Pihak kerajaan negeri hendaklah merintis dan ‘walk the talk’ dengan membuka peluang lebih luas kepada anak Sarawak dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Sebagai contoh, Sarawak Energy kini diterajui oleh Torstein Dale Sjotveit. Syarikat gergasi dalam bidang pembangunan hartanah, Cahaya Mata Sarawak pula diterajui oleh Richard Curtis.

Sudah tiadakah anak Sarawak berkelayakan untuk menerajui kedua-dua syarikat gergasi di Sarawak ini?

Pemuda PAS Sarawak melihat kenyataan Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing ini hanyalah kenyataan populis dan tidak bersungguh-sungguh. Buktikan dahulu dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, dan janganlah hanya mudah melepaskan tanggungjawab ini kepada pihak lain, tanpa memulakan langkah ke arahnya sendiri. Pihak kerajaan juga perlu merancang ke arah melahirkan lebih ramai tenaga mahir daripada kalangan anak Sarawak. Namun mengecewakan apabila tiada peruntukan khas untuk pembangunan belia terutama dari aspek pencapaian akademik, pembangunan sosial dan latihan kemahiran.