Pembunuhan seorang komander kanan Hamas oleh Israel mengancam kelangsungan gencatan senjata Gaza, menyeru Presiden A.S. Donald Trump untuk menuntut Israel mematuhi terma-terma gencatan senjata.
Ketua Perunding kumpulan pejuang itu Khalil al-Hayya berkata pelanggaran berterusan Israel terhadap perjanjian gencatan senjata dan pembunuhan terbaru mengancam kelangsungan perjanjian damai.
“Kami menyeru pengantara, terutamanya penjamin utama, pentadbiran A.S. dan Presiden Donald Trump, untuk berusaha mewajibkan Israel menghormati gencatan senjata dan komited kepadanya.” katanya pada Ahad dan menambah Zionis telah menyasarkan Saed dan lain-lain anggota Hamas.
Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, Khalil al-Hayya mengesahkan pembunuhan Saed, pembunuhan berprofil tinggi terhadap seorang tokoh kanan Hamas sejak gencatan senjata.”


Dalam pada itu, beribu-ribu anggota dan penyokong Hamas berhimpun di tengah Bandar Gaza pada majlis pengebumian komander kanan Raed Saed dan tiga rakannya yang terbunuh di sisinya pada hari Sabtu.
Mereka melaungkan kata-kata “Syuhada dikasihi Tuhan” dan membawa jemazah di dalam keranda yang dibalut dengan bendera hijau Hamas, dalam salah satu perarakan terbesar kehadiran kumpulan itu sejak perjanjian gencatan senjata yang disokong A.S. berkuat kuasa di Gaza pada bulan Oktober.
Sayap bersenjata Hamas berkata kemudian pada hari Ahad bahawa ia telah memilih pengganti Saed, yang dikatakan bertanggungjawab atas “pembuatan ketenteraan.” Pembunuhannya tidak akan menghalang kumpulan itu daripada meneruskan “jalan Jihad”, katanya.
Tentera zionis Israel mengaku mereka telah membunuh komander kanan Hamas, Raed Saed, yang didakwa sebagai salah seorang arkitek serangan 7 Oktober 2023 ke atas Israel, dalam serangan ke atas sebuah kereta di Bandar Gaza pada hari Sabtu.
Dalam serangan udara ke atas kereta di Bandar Gaza turut mengorbankan lima orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 25 orang lain, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.




























