Pembunuhan di Kashmir Pada Hari Kemerdekaan India

1591

Beberapa orang, termasuk seorang remaja lelaki, telah terbunuh di Kashmir yang ditadbir India dalam pertempuran bersenjata sengit, antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan di kawasan yang dipertikaikan itu.

Kashmir3Pertumpahan darah terkini berlaku ketika India bergembira menyambut hari kemerdekaan pada hari Isnin.

Seorang penunjuk perasaan berusia 16 tahun ditembak mati lewat semalam berikutan pertempuran antara tentera India dan penunjuk perasaan di kawasan Batmaloo bandar utama Srinagar.

Ia berlaku beberapa jam selepas dua pejuang pemisah Kashmir, turut terbunuh dalam kejadian tembak-menembak hang terjadi dalam jarak beberapa batu dari Batmaloo.

“Remaja itu telah meninggal dibawa ke hospital. Beliau telah ditembak dengan peluru,” kata Kaiser Ahmad, seorang doktor di hospital utama Srinagar, memberitahu agensi berita AFP.

Kashmir1Pihak berkuasa telah mengenakan perintah berkurung di sebahagian besar wilayah Kashmir, negeri mmempunyai majoriti Islam di India.

Ia dikuatkasakan pada 9 Julai lalu selepas satu lonjakan dalam keganasan berlaku ekoran pembunuhan seorang komander pemisah, sehari sebelumnya.
Dalam kejadian berasingan pada hari Isnin, seorang doktor lain di hospital Srinagar lain berkata, seorang penunjuk perasaan muda telah meninggal dunia akibat luka, hari selepas terkena peluru.

Seorang komander polis separa tentera juga meninggal dunia di hospital tersebut selepas cedera parah, pada awal hari Isnin dalam serangan hendap di Nowhatta kawasan Srinagar.

“Kami telah kehilangan seseorang pegawai memerintah. Dua militan turut terbunuh dalam pertempuran yang berikutnya,” kata Atul Karwal, seorang pegawai India Pasukan Polis Simpanan.

Kashmir4Katanya, sembilan yang lain cedera selepas ditembak semasa rondaan, termasuk dua anggota polis tempatan yang kini berada dalam keadaan kritikal.

Kashmir telah dibahagikan antara India dan Pakistan sejak akhir pemerintahan penjajah British pada bulan Ogos 1947, tetapi kedua-dua wilayah itu menuntut kemerdekaan sepenuhnya.

Beberapa kumpulan pemberontak telah berjuang menentang pihak berkuasa India kerana mereka dibebaskan dari cengkaman atau bergabung dengan Pakistan.

Lebih daripada 50,000 orang telah terbunuh di India yang ditadbir Kashmir sejak pertempuran memuncak pada akhir 1980-an.