KOTA LANGSA, Aceh – Wali Kota (Datuk Bandar) bagi bandar ini, Usman Abdullah mengalu-alukan sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia untuk membantu pelarian Rohingya yang kini di tiga penempatan di negeri ini.
Beliau berkata, warga Myanmar terbabit mungkin akan tinggal lebih lama di penempatan mereka di sini, sekurang-kurangnya dalam masa setahun.
Oleh itu, pihak pentadbir pemerintah, beliau sedang menyiapkan sebuah rumah panjang bagi yang lebih selesa untuk memindahkan mereka dari penempatan sekarang yang merupakan sebuah gudang di pelabuhan Kuala Langsa.
“jadi masa mereka ini (tinggal di Aceh) dijangka lebih panjang……yang (pelarian) Rohingya ini mungkin tinggal sekurang-kurangnya setahun di sini mungkin,
“tapi dalam masa setahun ini, kita memikirkan (satu tindakan) masa panjang untuk mereka……tidak mungkin mereka (terus) tinggal didalam setor (gudang) yang seperti itu,
“perlu kepada tempat tinggal yang lebih layak (bagi mereka) dan yang mempunyai keluarga boleh disatukan keluarga mereka,”ujarnya.
Justeru itu, kata beliau, beberapa rumah ‘barak’ (panjang) sedang didirikan di tanah lapang milik pemerintah Aceh, berhampiran pelabuhan Kuala Langsa.
Bercakap kepada pihak media sewaktu melawat tapak penempatan baru itu, Usman berkata sumbangan rakyat Malaysia amatlah dialu-alukan, untuk perancangan jangka panjang pelarian yang ‘didera’ itu.
“sekiranya masyarakat Malaysia ingin membantu, saya amat mengalu-alukan kerana pada hari ini masyarakat Islam Indonesia yang terdiri dari pihak NGO dan orang awam masih begitu berminatuntuk membantu mereka,
“tetapi kalau masa (tinggal pelarian tersebut) lebih panjang………mungkin mereka (NGO dan orang awam Indonesia) mungkin minat mereka akan pudar…..tinggallah kita (warga Aceh dan Kota Langsa) nanti (yang memerlukan bantuan),”jelasnya.
https://youtu.be/XcPRG7jdnjk
Katanya, sebagai orang yang diberi amanah untuk mentadbir Kota Langsa, mahu atau tidak, mestila mengambil tanggungjawab, apatah lagi warga Rohingya tersebut adalah saudara seaqidah.
Katanya, mungkin ramai lagi warga Aceh yang miskin dan hidup dalam keadaan susah, namun mereka tidak dizalimi, berbanding warga Rohingya yang menhadapi penindasan oleh pengikut Buddha dan pemerintah Myanmar.
“kita sebagai pemerintah Kota Langsa disini, kerana mereka telah datang, mahu tak mahu (mesti mengambil tanggungjawab kerana selain) mereka seseiman dan seagama, atas rasa kemanusiaan mereka ini per diberi bantuan,
“saya katakan di Aceh masih banyak ramai orang susah dan di miskin, tapi masyarakat Aceh walaupun susah dan miskin, mereka tidak didera, tidak dbunuh, dibantai, diperkosa dan tidak dibakar rumahnya,
“walaupun masyarakat Aceh miskin, mereka masih bebas untuk melakukan apa pun,”tegas beliau.
Seramai 12 orang anggota sukarela dari NGO Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, PAPISMA dan Ameerah telah mengadakan Misi Santuni Warga Rohingya yang terdampar di Aceh dari 6hb hingga 10hb Jun.
Mereka telah menyampaikan amanah, membeli dan menghantar dua tan buah-buahan, 300 helai kain sarung, 100 helai tudung, pakaian kanak-kanak dan keperluan wanita dari hasil sumbangan dari rakyat Malaysia yang prihatin.
Selain itu, sebahagian dari sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Dinas Sosial (Jabatan Kebajikan dan Kemasyarakatan) bagi membantu mendirikan rumah panjang untuk penemapatan akan datang, bagi warga yang paling teraniaya dalam dunia itu.










