Terengganu, Malaysia

Pelarian Aleppo Dibunuh Tentera Syria Sebaik Tiba Di kawasan Rejim

Pelarian Aleppo Dibunuh Tentera Syria Sebaik Tiba Di kawasan Rejim

Empat orang pelarian, yang merupakan sebahagian daripada konvoi pemindahan daerah timur Aleppo telah dibunuh oleh tentera kerajaan Syria, sebaik sampai di kawasan dikuasai rejim Assad.

Saksi memberitahu Al Jazeera, dua orang lelaki, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan itu, berkata keseluruhan konvoi itu ditahan secara serta merta.

Screenshot (360)Pasukan keselamatan Syria melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum memaksa mereka untuk kembali ke bandar yang dilanda perang itu.

“Mereka memaksa kami keluar dari kenderaan, memaksa kita untuk meniarap di atas tanah, dilucutkan pakaian dan kemudian kami mendengar bunyi tembakan,” kata seorang daripada saksi.

“Apabila kami mendongak, melihat ke atas, kami dapati tiga atau empat orang terbunuh.”

Berikutan kejadian itu, rejim Syria menggantung evakuasi itu yang bermula pada hari Khamis sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata untuk menggerakkan orang awam ke wilayah Idlib yang dikuasai pemberontak.

Rejim Assad juga menuduh pemberontak cuba menyeludup keluar banduan dan senjata berat.

Screenshot (358)Lebih daripada 40 bas dan ambulans telah memindahkan hampir 3000 orang dari timur Aleppo ke kawasan jiran wilayah Idlib pada Khamis.

Pada masa penggantungan pemindahan, agensi berita SANA yang dikendalikan oleh kerajaan Syria melaporkan bahawa lebih 8,000 penduduk di timur Aleppo, di antara mereka pejuang, telah dipindahkan.

Berpuluh-puluh ribu orang masih terperangkap di dalam timur Aleppo dan terlalu takut untuk meninggalkan daerah terkepung itu.

“Sekarang mereka takut dan mereka melarikan diri daripada titik pertemuan di mana mereka sepatutnya berkumpul untuk mengambil bas,

“ keluar dari daerah Aleppo timur yang dikepung, mereka berada dalam keadaan seram dan kejutan,” kata saksi lain.

Screenshot (354)Zouhir al Shimale, seorang wartawan bebas di timur Aleppo merupakan sebahagian daripada konvoi berkata, selain dipukul, orang awam juga telah dirompak sebelum dihantar kembali ke kasawan bergolak.

“Mereka membawa kami selepas kami sampai kawasan rejim, kami digari, empat orang dibunuh, dan memberitahu kami itu adalah ‘bayar balik’ (balas dendam). Kemudian kami kembali,”katanya melalui Twitter.

Dalam tweet lain, beliau berkata militia merompak “semua wang mereka” sebelum menyekat mereka.

Laporan seorang wartawan Al-Jazeera dari bandar Antakya di negara jiran Turki, bahawa militia Iran adalah orang-orang yang menghalang konvoi tersebut.

“Mereka menyekat konvoi itu…… kira-kira 20 kenderaan daripada meninggalkan Aleppo timur. Seorang lagi saksi berkata militia melepaskan tembakan, membawa pergi beberapa orang di luar bas dan dilucutkan pakaian, menggeledah pakaian mereka.”

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan