SHAH ALAM – Pelancaran ‘State-Government 4 (SG4) menjadi gimik perasmian Muktamar PAS Pusat Kali Ke-69.
Dalam majlis yang diadakan di Dewan Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC) di sini, semalam.
Sebagai gimik empat Menteri Besar melibatkan Terengganu, Kedah, Kelantan dan Perlis iaitu Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Mohd Shukri Ramli dan Dato’ Panglima Perang Mohd Nasarusdin Daud telah menerima kad yang memaparkan bendera negeri masing-masing.
Kad itu kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah peranti yang kemudiannya mengeluaekan sebuah kad yang tertera tulisan ‘SG4’.
Kemudian ia diserahkan kelada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sambil disaksikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.





























