Pejuang Syria Setuju Ke Meja Rundingan, Tamatkan Jenayah Perang

2534

Beberapa kumpulan pembangkang bersenjata Syria telah membuat keputusan untuk menghadiri rundingan damai di ibu negara Kazakhstan, Astana.

Perbincangan yang dijadualkan pada 23 Januari, berhasrat untuk meneruskan gencatan senjata di seluruh negara itu, walaupun berlaku peningkatan keganasan di beberapa kawasan.

Seorang tokoh terkemuka daripada kumpulan Jaish al-Islam, Mohammad Alloush berkata, beliau akan mengetuai delegasi pemberontak kepada  mesyuarat.

Pemergian para pejuang kepada rundingan itu adalah untuk “meneutralkan peranan jenayah” Iran dalam konflik Syria.

“Semua kumpulan pemberontak akan [ke Astana]. Setiap orang telah bersetuju,

“Astana adalah satu proses untuk menamatkan pembunuhan oleh rejim dan sekutunya. Kami mahu menamatkan siri jenayah.” kata Alloush kepada agensi berita AFP.

Keputusan untuk menghantar delegasi ke rundingan Astana adalah hasil rundingan lima hari di kalangan para pejuang, di ibu negara Turki, Ankara.

Jawatankuasa Tertinggi Rundingan yang merupakan blok pembangkang utama Syria, juga telah membuat keputusan sebelum ini, bahawa ia akan memberi sokongan kepada delegasi tentera anti-kerajaan yang menghadiri perbincangan itu.

Tetapi Rangkaian Shaam, sebuah laman web berita pembangkang  melaporkan pada hari Isnin,  bahawa beberapa kumpulan pemberontak lain, termasuk Ahrar al-Sham, satu daripada kuasa pertempuran utama di atas tanah, telah mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari perbincangan yang akan datang.

Presiden  rejim Syria Bashar al-Assad telah berkata kerajaannya bersedia untuk menghadiri mesyuarat Astana dan “membincangkan segala-galanya “.

Semua pihak yang mengambil bahagian, dalam rundingan pada Isnin depan itu, hanya akan memberi tumpuan kepada mengukuhkan gencatan senjata semasa dan melihat isu-isu kemanusiaan.

Penyelesaian politik mungkin, untuk krisis ini tidak akan menjadi agenda.

Seorang anggota pejuang kumpulan Fastaqim, Zakaria Malahifji berkata, pihaknya juga akan memberi fokus kepada perkara yang sama.

“Majoriti kumpulan membuat keputusan untuk menghadiri Perbincangan akan diberikan kepada gencatan senjata [dan] isu-isu kemanusiaan (seperti) penghantaran bantuan, pembebasan tahanan…..”ujarnya.

Rundingan di Astana dianjurkan oleh Rusia dan Turki, dua negara yang menyokong pihak berlawanan dalam konflik Syria selama enam tahun, telah bekerja rapat sejak beberapa minggu lalu untuk menamatkan pertumpahan darah.