Puluhan ribu penyokong kumpulan pejuang Islam terbesar Filipina berkumpul untuk membincangkan undang-undang penting yang memberi mereka otonomi, dengan satu menyatakan harapannya akan menjadikan impian damai satu realiti.
Presiden Rodrigo Duterte minggu lalu menandatangani undang-undang itu, satu langkah penting untuk menamatkan pemberontakan umat Islam di selatan Filipina yang telah mengorbankan 150,000 nyawa sejak 1970-an.
Anggota Front Pembebasan Islam Moro (MILF), penyokong dan penduduk setempat dari berbagai bahagian pulau selatan Mindanao, termasuk wanita berjilbab dan pejuang yang membawa senjata, masuk ke kem utama di sana untuk bermesyuarat.
Pemimpin mereka sedang mencari sokongan untuk undang-undang itu sebelum referendum dibuat mengenai langkah itu, yang mewujudkan wilayah autonomi berkembang, bertujuan menamatkan salah satu konflik terpanjang dan paling dahsyat di Asia.
“Ini adalah impian kita, jika kita mengakhiri pertempuran ini, semoga kita dapat hidup dengan damai,” kata Nasser Samama, seorang pejuang pemberontak veteran berusia 61 tahun, kepada agensi berita AFP di Camp Darapanan.
“Kebanyakan orang menginginkan keamanan dan begitu juga dengan pasukan [Barisan]. Apa yang telah dicapai tidak hanya untuk kumpulan kita tetapi seluruh Mindanao,” Katanya pada hari Ahad.
Pemberontak Muslim telah lama berjuang untuk kemerdekaan atau kuasa autonomi di Mindanao, yang mereka anggap sebagai tanah nenek moyang mereka.
Undang-undang organik tersebut bertujuan untuk menguatkuasakan perjanjian damai bersejarah 2014, di mana mereka bersumpah untuk melepaskan usaha mendapat kemerdekaan.
Seramai 30,000 orang pejuangnya meletakkan senjata sebagai timbal balas untuk sebuah pemerintahan sendiri.
Di bawah undang-undang itu, entiti politik baru yang dikenali sebagai Wilayah Autonomi Bangsamoro akan menggantikan rantau autonomi pada masa ini, yang dibuat berikutan perjanjian pada 1996 dengan kumpulan pemberontak lain, Front Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).
Bangsamoro bersedia untuk memilki lebih banyak kuasa dan meliputi kawasan yang lebih besar.
Pemimpin pejuang Islam telah meluluskan langkah itu tetapi menegaskan masyarakatnya perlu menyokong undang-undang untuk diluluskan melalui pengundian undi langsung semua pengundi di wilayah yang bergolak itu.
Justeru, semalam pada hari Ahad, majoriti anggota pemberontak berkata mereka menyokong undang-undang.
“Ini adalah permulaan perdamaian di Mindanao. Ini adalah permulaan perpaduan antara umat Islam dan Kristian,” kata seorang suri rumah, Babaidi Budain.
Namun begitu, ada yang menyatakan ketakutan bahawa undang-undang tidak akan membawa pembangunan ke wilayah yang kaya sumber asli, dan kemiskinan yerus menjadi igauan ngeri di selatan.
“Semua orang di Mindanao harus memanfaatkan peluang yang ditawarkan oleh rantau ini, jika tidak, ia akan menjadi sama sahaja, Bangsamoro tidak akan berjaya,” kata pekerja masyarakat, Nasser Sulaiman.






























